Saturday, May 14, 2011

kembali.

dah jadi macam artis.buat keluar album baru,buat show,gaduh2 dalam Melodi pastu bercerai.sorry to say,i'm not that type.

aku dah jadi tidak pandai dalam penulisan blog.even aku kadang-kadang menulis report,memerah idea dan menggigit pen sampai jadi bentuk straw lepas digigit,aku masih berasa bengong tentang blog.

btw,aku masih rindu zaman menulis blog.aku pernah membaca tulisan aku sendiri..

nantilah.aku cuba fikir idea lagi.takkan aku nak tulis merapu.kenalah buat kronologi,antologi,dan pedagogi.

pengumuman-pengumuman..aku kembali.

Friday, January 29, 2010

bila mata sepet.

tahun 2009 telah berlalu.dah banyak tahun aku tulis blog yang membosankan.tapi tidak mengapa.sekurang-kurangnya aku update.

ok.untuk kali ini.aku nak sampaikan adegan yang paling aku benci sampai rasa nak tumbuk laju-laju mereka.mungkin di perut dan ulu hati.

ada 5 orang yang menganggap aku sebagai anak cina.sepanjang tahun ini.aku ingat muka sorang-sorang mereka itu.

list mereka yang tersalah anggap.

1. makcik motor terbabas.yang ni paling tak berhati perut.aku dah tolong dia angkat motor lepas dia terbabas.tapi dia cakap "toche!!".maksudnya terima kasih kan?

2. salesman.yang ni kurang ajar jugak.ketok tingkap kereta aku dan speaking cina.mampus aku nak cakap!!

3. taukeh kedai ubat.aku nak beli ubat ginseng untuk bapak aku.dan taukeh itu bertanya aku dalam bahasa cina.damn.kang aku tampal duit kat dahi taukeh baru tahu.sebab dia panjang macam hantu galah.

4. pak sedara.dia dahla baru pulang dari mesir setelah menetap di sana lebih 10 tahun.dia tak berapa betol kena angin malaysia nih.tanya aku leh makan kurma ke tak sebab aku macam orang cina.

5. anak jiran sebelah rumah aku.berlaku time cuti hari itu.ada ke patot dia tanya aku "cina kat hujung kampung member abang ke?".nasib baik mak dia bekas cikgu aku.


aku tak tahu tahun 2010 berapa orang akan menganggap aku orang cina.

selamat tahun baru kawan-kawan.

Sunday, November 8, 2009

jahanam mereka itu.

cerita ini sebelum semi final piala malaysia.aku on the way nak ke tempat parking kereta aku.di perkarangan stadium Kangar.suasana seperti di Gaza.Ambon.dan seangkatan dengannya.bunyi bising.bunyi orang bergaduh.

aku jalan cepat-cepat.aku tidak mahu ada sesuatu berlaku atau senang cerita ada penyokong Kelantan di bunuh dalam keadaaan ngeri dalam KOSMO esok.

ada sorang mamat.jalan terhoyong-hayang.makin laju aku berjalan.mamat itu patahkan side mirror kereta.pancitkan tayar kereta.

boleh anda bayangkan??nasib baik bukan kereta aku.

situasi bodoh itu buat aku rasa bengang.tapi aku malas nak layan.

jahanam mereka itu.

Thursday, October 22, 2009

final countdown dan mamat gay

ini bukan cerita pasal lagu final countdown.ini betul-betul final.aku da hampir-hampir stress dengan report,laporan dan kerja yang memeningkan.stress!!

ada satu malam itu.untuk menangani stress,aku keluar makan dengan member aku yang berbibir seksi.macam angelina jolie.tapi tak seksi.aku tidak kisah.lalu aku pesan nasi goreng chicken chop.sedap tapi murah.maklumlah poket dah agak kering.kalau ada pon tisu pizza yang entah bila aku pergi makan masa ada duit dulu.

sedang syok berborak,cek mesej dalam handset dan menghirup udara sekeliling yang berbau belacan menusuk hidung,ada mamat seorang datang ke arah aku.macam lembut aw aw gayanya.aku risau kot-kot datang bagi tawaran hebat kat aku.rasa macam nak blah cepat-cepat.tapi dah trlambat....

mamat tu datang hulur tangan.aku da prepare dengan garpu dan lighter.nak tikam dan bakar bulu hidungnya.rupanya dia nak salam.terus terbatal nawaitu aku.suaranya pun agak aw aw.lembut semacam.

'bang,tumpang tanya leh??macam mana jalan untuk ke bukit air??'

ingin aje aku cakap jalan ke sana tidak berapa elok.kalau malam-malam ada beruk melintas.tapi sekali lagi niat aku terbatal sebab dia bawa geng.1 kereta rupanya.1 kereta sama dengan 5 orang.5 orang lawan 2 orang tidak sesuai.

seraya aku bagi plan kat dia.aku tulis-tulis di atas udara jela.belok kanan,belok kiri,belok kanan,aku pun tak berapa ingat jalan ke bukit air.tempat mandi sungai dan boleh juga jika ingin mandi lumpur.

punyala jalannya berbelit,aku takut aku salah bagi direction kat diorang.bagi aku, budak ni kalo aku tipu pun diorang percaya.mana dia kenal aku.aku tidak kenal diorang.bila dua-dua tidak kenal, komunikasi interpersonal tidak akan berlaku.maka dengan itu, aku boleh bagi apa-apa jalan untuk buat mereka blah dari jauh-jauh.

rasa macam jahat jugak aku sebab kelentong.macam la IQ diorang tinggi sangat.aku cakap sekali je dah ingat.encik wikipedia tak sehebat itu.(budak kelas aku yang terer)

cerita punye cerita jalan ke bukit air,aku pun putuskan.bagi kata putus.ikut signboard jela.kata student u.xkan tak boleh nak survive.tapi mamat tu tak nak blah lagi.melampau dah nih.siap mintak nombor tepon.sangat melampau.

dah la.pergi la main jauh-jauh.tak larat nak layan dah.akhirnya, mamat tu and geng blah.maybe dia nampak muka aku semacam.dan aku tikam garpu kat meja.(tipu je)

dan sekarang mamat tu duk kol aku ajak keluar.mungkinkah hanya tektik dia sahaja bertanya jalan untuk ke bukit air??sedangkan dia sebenarnya gay??dah dua malam dia ajak aku keluar makan.menyampah aku.tolong aku.

Monday, September 21, 2009

get out.

mungkin itu ayat untuk setan yang kena ikat.tapi itu bukan tajuk utama aku.

hari raya pertama.makan.makan segala jenis benda yang ada.jika rumah mak saudara aku yang berperisa keladi itu boleh dimakan, mungkin aku akan makan.

malam hari raya pertama.aku sendawa berbau muntah.memang agak menggelikan jika anda sebagai pembaca blog aku ini.sangat la jijik.tapi itu benda yang lumrah.dan aku tidur mengiring sebab takut gemuk.orang tua-tua cakap kalau kenyang,xleh tidur.tapi siapa yang nak halang aku dari tidur??

pagi hari raya kedua.aku bangun agak awal.pkul 7 pagi.sebab ada ayam berkokok tepat di telinga aku.sebab rumah datuk aku ada lubang-lubang udara di lantainya.so, aku ludah ke atas ayam itu.(campur sekali degan air liur basi).dengan harapan ayam tersebut padan muka.sayang sekali.tidak kena.terkena tangan aku sebab aku mamai.

dekat-dekat tengah hari hari raya kedua.aku masih lagi sendawa muntah.dan perut aku memulas.aku rasa sudah sampai waktunya untuk melepaskan apa yang patut aku lepaskan dari semalam lagi.

makin teruk aku mengarut.aku taknak anda makan melebihi had yang dibenarkan.dengar nasihat aku.


selamat hari raya.maaf zahir sahaja.