Sunday, April 20, 2008

pengaruh cerita

diceritakan aku satu peristiwa di mana aku pulang ke kampung bersama mama aku untuk menghadiri satu keraian.aku drive toyota unser abah aku.

dipendekkan cerita, kunci kereta hilang.kami(adik dan kaum kerabat aku yg lain) mengesyaki seorang budak yang nakal tahap gaban.aku ingat dia boleh dipercayai.dijadikan cerita bahawa budak itu mengatakan kunci itu berada di bawah rumah.jatuh.suasana kelam-kabut.aku dan yang lain mencari-cari kunci tersebut.ada yang gali lubang.walhal ada yang menggunakan sudu untuk mengais tanah di bawah rumah tersebut.

aku ikut budak itu...

"adik nampak kunci tu kat mana??"tanya aku.nada baik.(budak ini duk KL)

"kt sini la.dia tanam kat sini..."ckp budak tu.serius.

"dia tu sapa dik??????"tanda soal banyak menunjukkan aku kehairanan yang amat sgt.

"scooby doo.dia dengan shaggy yang wat keje nih."ckp budak tu.serius sekali.

what???bodoh punye budak.

Saturday, April 19, 2008

emotional dan penceritaan

-ko makan apa arini?

-makan nasi bujang sahaja.
biasala..bujang...

-nasi bujang tu best tak?

-eh wat tak tau lak.ko kenal penumbuk??


(dialog ini rekaan semata-mata.)


emotional atau emo.memang ada dalam setiap diri seseorang.
aku pernah berasa bosan apabila aku memantau kehidupan manusia kt bumi yang fana ini.
sesekali ada yang menarik.ada yang 'bolok'.ada yang menyampah.ada yang ada-ada.ada yang berada.dan ada yang sudah tiada.kompleks.

ada yang emotional.boleh dikawal.nafsu amarah.dalam cerita atau movie mesti ada yang bersikap emotional.menghidupkan suasana dan situasi dalam penceritaan.macam kalau aku nak bercerita.atau anda ingin bercerita.perlu ada sekurang-kurangnya sikap emotional untuk bagi feel kepada pendengar.termasuklah effect-effect yang berlebihan.hiperbola.(aku maksudkan bunyian seperti bom."cuh,tebabooo!!/kebunggg!/kebabungg!").bagi effect lain ialah air liur terkeluar dari mulut.sama ada tersembur.atau meleleh.

aku nak pergi makan nasi bujang.minta diri dahulu.

Friday, April 18, 2008

modern thinking

hatta aku berfikir dengan ligat malam ni.
berpusing-pusing.
berjalan-jalan.

aku masih dalam alam ketidaksedaran.aku sebenarnya ingin mencetuskan sesuatu dalam minda.lama juga aku berfikir.antara sebab musababnya aku belum cukup.belum cukup untuk bersedia.bersedia menghadapi final.

aku teringat masa 2006.interview dengan AET(american eagle tankers).company besar dari USA.they said about modern thinking.i'm said what i think to them.not thinking truth or false.

zaman peradaban manusia sekarang memerlukan modern thinking.bukan melupakan asal-usul, adat resam dan sebagainya.pemikiran kita perlu tinggi.jauh ke depan.10-20 tahun ke hadapan.

tatkala aku teringat abah aku.aku rasa dia ada pemikiran unggul.modern thinking.sebab aku tertengok senarai aset yg dia punya.kagum.terkedu.tak keruan aku.nothing to say.perancangannya meliputi anak-anaknya di masa depan.

aku nk jadi mcm dia.aku nk jadi org yg ada masa depan.

Thursday, April 17, 2008

bahasa,khayalan dan dimensi alam ketidaksedaran

sejak aku menetap di u yg berterabur infrastruktur nih, aku rasa aku belajar menambah sesuatu perkataan supaya jadi panjang.sebagai contoh imbuhan awalan dan akhiran.(masa sekolah rendah aku belajar.tp cikgu aku tu cikgu math.nama dia Mr. Mahasan.serius)

bila aku melangkah ke alam blogger ini aku mencuba mengeksploitasikan dari fikiran aku ke alam blogger.keseriusan menjadi-jadi.

aku xkisah walaupun aku menjadi pendeta atau penglipur lara zaman moden.storyteller pon xpe.xkisah.jadi tun teja xpe even aku lelaki.

jadi aku ketengahkan idea aku ini sebagai (jap.nature called)
ok.sambung blk.

alam ketidaksedaran atau dimensi lain.aku ingin mengetahui sejauh mana alam lain dapat mempengaruhi sesuatu khayalan seseorang.aku rujuk kepada segitiga bermuda.bahkan christoper columbus pon tak tak menceritakan tentang segitiga bermuda.tp banyak imaginasi yg timbul dari pelukis agung dunia.art.seni.dimensi lain.khayalan.dimensi ketidaksedaran(bila makan ubat overdose).

aku tidak menafikan jika ada pendapat yg becanggahan.itu pendapat mereka.serius

nanti aku meneruskan pengembaraan aku sebagai peng'adegankhayalan'ngan aku.jgn risau.aku tak ubah bahasa melayu kita.bahasa jiwa bangsa.serius

Monday, April 14, 2008

cerita

aku mengimbau kembali masa zaman kanak-kanak dulu.pernah juga terfikir nak kembali zaman dulu.tapi hukum alam mana kita leh lawan.aku pon nak jumpa tun teja.leh aku kahwin dengan dia.(xberapa serius kerana ada sebab tertentu)

berkisar kembali tentang topik kita pada hari ini(tiru ayat Malaysia Hari Ini),aku teringat mama aku menceritakan kesusahan hidup pada zaman dulu.abah aku pernah menceritakan kisah dia dahulu.serius.aku respek.memang bebeza.perbezaaan amat ketaratik, fantastik dan menariktik.(saja aku tambah 'tik')

tapi yang menjadi asas kepada cerita ini ialah duit.aku pon tak mengerti.masalah duit tak pernah ada jalan penyelesaiannya.aku terkedu.aku tak ada duit rupanya sekarang ni.pengaliran wang tunai amat deras keluar,keluar dan keluar dari wallet aku(macamla aku ada wallet). masuk hanya 3,4 kali.serius

dulu "mama,nok pitih samah(50sen)!!."

sekarang "mama,masuk pitih deh.nok abih doh nih.heheh"

20 tahun akan datang "mano aku nok cari pitih lagi ni.."

60 tahun akan datang "................"(aku tak pasti.ramalan aku tak tepat.i'm not nostradamus)

no comment!!

Thursday, April 10, 2008

kekuatan dalaman

seringkali frasa di atas kita rujuk sebagai batin.kalau orang fikir yang benda bukan2(maksud aku.....)kita rujuk kepada tongkat ali.aku tak suka tongkat ali.tak pernah terfikir nak order minuman tersebut walaupun kat kedai makcik pokok tiada.anggapla tiada kerana kebanyakan orang yang pergi makan di sana hanya minum air kosong dan air sirap sahaja.(sinonim untuk harisahaja.kawan sy plg tak bermoral)

mengikut saintifik, tongkat ali merupakan satu minuman penguat tenaga batin.tapi aku hanya percaya jika kita minum air rebusan dia.yang jual kat dalam pasaran nih,susah sikit untuk dipercayai.mesti nak ambil untung kan?mesti.market strategi la katakan.maklumla manusia semakin bersikap materialistik.harta menggoda jiwa.

semalam,masa aku membeli sedikit minuman,ada seorang orang tua.warga emas level tertinggi.tanya pasal tongkat ali.ingat dia nak beli.rupa-rupanya dia ejen jualan.macam aku cakap tadi.market strategi.takut aku nak beli minuman.aku beli gula2 aje.takut dia gay.serius.

at least kita tahu bahawa kekuatan dalaman adalah dari kita sendiri.tak payah guna shortcut.pastikan original.dari kita sendiri.

Tuesday, April 8, 2008

korupsi a.k.a kelibat korupsi

sesekali aku dengar kelibat korupsi.lagu one buck short.ada kemungkinan aku tertarik sebab genre punk rock.tp kadang-kadang aku rasa aku tertarik sebab diorang(one buck short)mendendangkan lagu masalah politik.

nak kata aku minat politik..aku xberapa minat.khairi pon aku tak kenal dulu.

korupsi dalam bahasa latin, corruptio.maksudnye busuk(macam sampah kt kgwai pada lapisan yang ketiga)dan memutarbelitkan.dalam erti kata lain, gejala rasuah yang semakin berleluasa menjadi-jadi di negara kita yang kita cintai ni.
(macam ayat aku masa spm dahulu)aku xsuka.serius.ingat dapat markah lebih la konon.

sebenarnya aku nak bercerita pasal keadaan sekarang.korupsi dalam kehidupan.aku rasa otak aku korup.jadi aku tiada idea.ni jela aku tulis,...tukar cara kita fikir baru hapus korupsi.

Friday, April 4, 2008

antara perut dan berat badan

hal ini tercetus apabila ada pendapat menyatakan perut menjadi ukuran berat seseorang.kalau dalam material, ini adalah naked eyes inspection.kalau dalam konteks peribahasa, menilai sesuatu dari luaran.

memang tak dinafikan perut aku semakin hari semakin membesar.ini bukan mengandung yer.aku bukan gay.juga bukan perempuan.mana tak besar.kfc, sotong celup tepung dan sebagainya masuk menjunam ke tali usus.

aku pergi umah joker(nama sebenar tapi orang panggil=nama panggilan) aritu."berat aku turun sial!!!!" disambut dengan sorakan gembira faiz macam dancing queen dia menari.

dah.mls nk layan.on9 lagi best.

sakit

aku try search maksud sakit dlm google.jumpe la ada satu tempat nama sakit,uttar pradesh,india.ada jugak nama tempat.sakit.

sakit ada juga dlm konteks sedap dengan tak sedap.sedap kalau dapat mc.xsedap kalau nak berjalan pon tak boleh.memang sakit.

bulan ni bulan sakit.(bukan period.serius)ini bulan exam.sakit kepala.demam.kalau welding sakit mata.

sakit tuan and sakit puan.yang ni aku tak peduli.xtaw.

kalau nak download lagu, kat www.rumahsakit.com.sakit gak.kalau tak makan sakit gak.

sakit kepala aku tak mau sekali..

(tak ada idea)