Thursday, September 25, 2008

aset pertama dalam hidup

aku tidak kira ini karangan budak sekolah rendah atau tidak.


pada suatu hari,cikgu menceritakan tentang kegiatan masa lapang.aku masa itu sedang bergiat cergas dalam membuat origami dan bermain bola kamus.

pernah dengar bola kamus.??

aku suka itu punyer game.bola kamus.equipmentnya hanya kamus.pen dan kertas.tidak perlu bola.hanya imaginasi.nak tahu lebih lanjut,dtg blaja ngan aku.haha

abaikan tentang cerita di atas.

budak zaman sekarang lebih advance.kaki blum dpt pijak tanah sudah nak naik motor.bukan slow2.laju mencapai kelajuan mat rempit.awal2 lagi nak memiliki motor.
(sebab tadi ada budak sekolah memotong aku.mereka sedang merempit.damn.)

zaman aku sekadar main guli,tindih pemadam dan yang lebih kurang dengannya.

aset pertama dalam hidup aku juga sebuah basikal.aku berjaya memiliki basikal dengan duit sendiri.seronok tidak terkata.

apa aset pertama anda dalam hidup??aku berpendapat aset ialah sesuatu yang kita beli atau dapati dengan wang dan cara kita tersendiri.mestilah sesuatu yang bernilai dan boleh digadai jika terpaksa.

mengikut kajian aku,aku senaraikan aset2 pertama dalam hidup sesetengah orang.

1.handset
2.komputer
3.basikal(utk aku)
4.

yang keempat aku simpan space utk anda isi.aku pon tidak pasti.

Tuesday, September 23, 2008

adegan kena tag!!

aku rasa dah lama tidak memaparkan entri aku.yang aku tahu.aku kena tag.warghhhhh..

memandangkan aku kena tag, aku terpaksa mengeluarkan entri ini.adegan kena tag amat mendukacitakan aku.tapi xpe.ini cobaan,dugaan dan seangkatan dengannya.(memang tektik anda berjaya wahai najlaaraihana)




soalan dari tag tersebut.

SOALAN 1: 7 fakta tentang diri aku.(aku tidak pasti fakta2 tentang aku.)…

1. aku tidak suka makan buah-buahan kecuali laici dalam tin dan pisang goreng.
2. aku suka pasang lagu kuat2 sehingga bak(roomate) tdk boleh tidor.
3. aku tidak rendah seperti haris dan tidak segemuk muyen
4. aku tiada awek.betul punyer.
5. aku ada atuk yang baru jer kahwin lain.korang xda.jgn jelezz.
6. aku tidak tidur jika tidak basuh kaki.
7. dan aku tidak mahir membawa motor yang ada clutch.


SOALAN 2: Zaman persekolahan

2(a), 5 tabiat buruk anda time sekolah

1. aku pernah jadi MPP yang tidak guna semasa di sekolah.
2. aku suka lepak library ushar2 awek cun.
3. aku slalu dtg lewat kerana tidak mahu menjalankan tugas dlm kelas.tugas aku memadam whiteboard.
4. aku pernah fly malam dan tanpa disedari aku lepak sebelah meja PK Hem.
5. aku pecah masuk lab.wat eksperimen kajian aku sendiri.

2(b), 3 subject favourite aku..kena beri sebab..

1. Biologi.aku boleh merangkak bwh meja dan borak2 ngan kwn2 masa kuliah.
2. PJ.cikgu itu amat cun.dia bnyak tlg aku bg markah n belanja burger.
3. English for Science and Technology.boleh tgk movie taw.

2(c), 3 subject bukan favourite…kena beri sebab..

1. BM.asyik aku jer kena berpantun.takpun buat ayat kt depan.
2. Sejarah.kuliah dia 100 peratus dari buku teks.mls aku nk dgr.
3. Add Math..aku tidak reti math.tak pernah dpt A.

SOALAN 3: Tentang aku

3(a),menarik pada kamu

* soalan apa nih?mls aku nk jawab.soalan pon xmenarik.

3(b), anda tak boleh hidup tanpa

* makanan.(situasi skrg = bln puasa)
kebenaran utk hdup dr pencipta.

3(c),malam sebelum tidur siapa anda hubungi…

* woi.handset aku mana ada kredit nk call sape2.aku set alarm je before tidor.klas pkul 8.00 aku set 8.10...

itu je kan..
ada soalan lg sila kemukakan.

Wednesday, September 17, 2008

percubaan 1.menjadi penyajak.

aku buat satu sajak tentang bazar ramadan.
sila baca.



oh bazar ramadhan,
aku dengar orang bersahut-sahutan,
banyak dijual makanan,
namun awek yang menjual tetap menjadi tarikan.

oh bazar ramadhan,
aku sudah tidak tahu apa hendak makan,
tempat mu banyak sangat pilihan,
dengar cerita ada yang sudah pengsan???

oh bazar ramadhan,
bila tiba waktu petang,
seluruh kampung,
seluruh kawasan,
seluruh bendang,
dan kawan aku segerombolan,
melewati tempat mu yang seakan pekan.

oh bazar ramadhan,
setiap bulan ramadhan,
memang tiap2 ramadhan,
puasa itu di bulan ramadhan,
oh bazar ramadhan,
kau buat aku tulis sajak bukan2,
demi menahan kelaparan,
lambat lagi ke nak pkul 7.20 malam?
aku nak makan,
itulah sahur taknak makan,
kau sambung tido sampai petang,
sekarang duk tekan-tekan,
tekan perut,

udahla,aku tidak mahu melalut,
takot tercarut,
nanti dosa terlarut,
kurus puasa.
dan aku menunggu sentiasa,
waktu berbuka!!!!,
cepatlaaaa!!!.

Tuesday, September 16, 2008

misteri dalam makmal

pertama kali aku menulis entri bukan dalam bilik aku.lbh kurang 30km dari bilik aku.dan aku percaya ini adalah kerana aku mendapat idea hasil dari menunggu kawan aku menyiapkan kerja mereka.

kembali kepada topik asal aku.topik ari ini yang akan kita sentuh ialah keselamatan dalam makmal.atau dalam bahasa org putih, safety first.(aku tiru cikgu aku bercakap semasa dalam kelas masa tingkatan 1.nama dia Cikgu Zahedi).dia menggelarkan aku "pok yie".aku baru lpas kna denda berjemur di tengah panas kerana pecahkan radas.

dan aku baru mematahkan tool.(mata alat).aku menulis entri ini dalam keadaan berduka lara.entah mengapa ayat aku seakan2 kembali ke zaman kesultanan hang tuah dan raja2 melayu.apa pon,duit aku akan melayang coz kna ganti.

dan konklusinya, jika tidak ikut safety,duit anda akan melayang.

tetapi aku pernah membuang radas kaca yang pecah ke bawah sinki kerana takut dikenakan ganti rugi.itu cerita lama.ada juga celah2 almari,walhal replika tengkorak manusia pernah patah.hilang tulang rusuk.

anda pon mesti pernah kan kan???jadikan ia misteri.

jadi azam aku untuk 1jam arini,tiada lagi ganti rugi n kerosakan.no more.esok aku tidak tahu.hehe.

dan misteri ini aku pasti akan berulang.bukan pada aku seorang.

Sunday, September 14, 2008

mister bartender.gelaran.

alkisah bermula di kafeteria (bukan tempat lepak aku dan rakan2.)

aku bg nama dia mister bartender.dia tidak kisah.dan aku pernah tgk dia shuffle.berdansa dengan muzik rap.walaupon aku tidak suka,dia memaksa.entah apa tarikan sehingga dia menjadi perhatian.biarkan.

biasalah.jika kita tidak kenal seseorang itu,kita akan gelarkannya.btol kan?dan aku gelarkannya mister bartender.haha.

ada beberapa nama yang menjadi intuisi mengikut kondisi seseorang.tidak kiralah diberi oleh pkwe,mkwe,kwn dan seangkatan dengannya.

aku cari nama yang agak sinonim dlm karangan semasa kecil2.sebagai contoh : Ali, Abu, Mamat, Azman, azmi, timah, zaiton, zabedah, rafeah, ramli dan sebagainya.


fakta mister bartender.

.dia digelarkan mengikut pekerjaan dulu.tidak tahu betul atau tidak.benar atau palsu `pernyataan dia.
.seorang lelaki tetapi statusnya masih samar2.bujang ke da kahwin?
.cuba untuk berdialek kelantan tetapi tidak betul.
.menjual roti canai.soalan kerap "roti so ko duo??"
.ungkapan "bereh boh".

dan dia pernah bg email awek cun dari negara mana entah.australia kot.aku tidak ingat.
kalau anda percaya ke x?tepuk dada tanya dada.sakit xdada itu?

Saturday, September 13, 2008

kick this!!

keputusan semalam.tidak dapat diputuskan.dan aku tgk bola td.

jika kita imbau kembali sejarah bola sepak.(macam la aku tahu perkembangan bola sepak.haha)boleh dikatakan menarik seperti sejarah greek.abaikan.

aku juga pernah baca komik Whistle.maaf.aku tidak berminat dengan anime bola sepak.kerana kau pernah hilangkan komik tersebut kepunyaan kawan aku.itu cerita dahulu.

cikgu aku pernah berkata "bola sepak adalah permainan bodoh kerana kita sepak dan kejar.pastu sepak balik.dan fenomena itu berlaku secara berantai.sepak,kejar,sepak,kejar.".

aku rasa tidak boleh diterima idea beliau.jika beliau mengatakan bola sepak ialah bola untuk disepak,aku setuju.dan aku pernah menyepak seorang budak.kerana dia memakai baju yang bergambar bola dan tertulis ayat "kick this!!".

budak itu ketua kelas aku semasa form 3.kesian dia.dia balas kembali dengan sepakan padu.kesian aku lak.sakit wooo..(baru aku tahu nikmat kena sepak)

dan bola sepak adalah permainan paling berprestij di dunia.perkataan GOL difahami oleh berjuta2 bahasa di seluruh dunia.(iklan Coca-Cola).jgn saman aku.

sekian.(hasta pronto jgn saman aku juga kerana tiru anda.)

Friday, September 12, 2008

manic friday

aku kategorikan hari ini sebagai manic friday.bukan manic monday atau manic sunday.tiada kaitan dengan maxis dan McD.meskipun aku suka McD.(McD at Perlis?)fine.jgn perkecilkan perlis lagi.perlis not same as kelantan.sebagai contoh perlis,tempat aku blajar.kelantan tmpat aku dilahirkan.biarkan.it's different.

aku dah lari dari topik asal.sori.topik aku manic friday.

nak tahu kenapa aku kategorikan hari jumaat sebagai manic?.sebab aku pergi masjid untuk sembahyang jumaat?...

bukanlah.

sebab hari ini hari enjoy.maksud aku malam ini.(waktu entri ini ditulis.)antara event2 yang menarik hari ini ialah (bukan aku.ini adalah observation) :

1.menuju penang.lepak2.
2.tepi pantai kuala perlis.juga lepak2 n tgk mat2 motor "berdansa" di jln raya.
3.makan banyak2 pastu tidur.
4.main dota hingga ke tahap maksimas.
5.main alat2 muzik.seperti drum dan gitar.
6.main-main.(fhm2 sendiri).
7.main futsal.
8.ikut suka hati korang.
9.suka hati korang la.
10.banyak lagi la.lu pikirla sendiri.

dan aku...malam ini akan melibatkan diri dengan futsal.aku akan bermain bukan dengan team aku sendiri.ada 2 team.

WMH FC VS ACD FC

aku team ACD.berikut ahli2.

1.mat tough
2.duwe raksasa
3.hafiz kelolo
4.tun hebat giler
5.aiman junior(import)
6.serul ekor derih.

team WMH pula.

1.derih bingo/bos/bolok
2.man PDV
3.kerul punk junk
4.syakir metal
5.afiq kappa
6.(masih lagi kosong)


ini manic friday aku.manic friday anda?tidak kira hari apa.aku tiap2 hari "manic" bukan hari ini sahaja.anda??

jap agi aku nak g main futsal.kasut perlu disediakan.bye.anda teka resultnya.

Thursday, September 11, 2008

nise.

aku lalu kotak segiempat td.kt kangar.br ku kenal kotak itu.warna putih.maafkan aku jika anda tidak faham kecuali saudari rainazra

aku ternampak sesuatu yang menarik semasa perjalanan menuju ke makmal kubang gajah.(tempat plg x best.serius.)tempat ulang alik aku hari2.boring.

sepanjang perjalanan ada banyak gerai yang menjual juadah berbuka puasa.dan aku gembira kerana dapat mengambil bau2nya sedikit.(sedikit sahaja ye.)nikmat giler.tapi perut semakin kuat berbunyi.

semasa aku kecil.selain minum air semasa ambil wuduk, aku juga makan "nise" dlm bahasa kelantan.(sbnarnya gula melaka.)yg terdapat dalam peti sejuk.sedap wooo.serius.try la cuba.tapi pada waktu siang hari di bulan puasa.

bila aku dewasa(maksudnya sekarang)aku rasa aku tidak memanfaatkan puasa sepenuhnya.

insaf ke ni?hahahahaha..

fakta nise.
gula melaka,gula perang,nisse kerek,gula hitam,manisan,ntah apa kebenda lagi.aku tidak tahu.yang pasti semua satu benda yang berlainan nama.rasa manis semulajadi.biasanye digunakan dlm membuat kuih.dapat menghilangkan dahaga.

dan

puasa tahun ini penuh.semestinya penuh.pasti.sebab tiada nise di tengah hari.

Wednesday, September 10, 2008

seven wonders.

tentu anda semua tahu laman web wikipedia.aku try buka article dalam wikipedia.mana tahu ada benda2 menarik.

dan aku tertarik dengan 7 wonders.sorry.new 7 wonders.ada juga 7 wonders of the ancient world.hebat.dan aku bacanya.dan aku baru tahu no 7 itu adalah nombor yang baik atau nombor bertuah dalam sejarah Greek.nombor yang bertuah bagi manusia skang nih nombor ekor.fine.

bila terfikir sendirian,aku rasa...aku rasa lah..anyone can have the seven wonders in their world.aku rasa aku boleh senaraikan.


1. handset.
ada sesetengah org simpan lagi handset yang lama.macam mukrim.handset dia masih lagi tersimpan rapi walaupun handset tersebut meresahkan hidup dia.kalau yang tidak menghargai pula baling jer ke dinding.ajaib taw.handset dpt keluar bunyi mcm2(masa umur 12 tahun aku brfikir mcm tu)

2. baju sekolah lama.
aku rasa aku masih simpan baju sekolah rendah aku.baju smasa darjah 1.di baju itulah adanya air liur basi hasil tidur di dalam kelas.baju itu jadi saksi aku pandai mengeja,membaca,menulis.

3. boxer/seluar dlm koyak.
aku letak pilihan ini ditengah2 agar nampak trsembunyi sedikit.jgn bgtahu sesiapa.koyak tetapi masih berguna.shhhh

4. kotak pensel masa sekolah rendah.
boleh dilipat2 dan teknik menyimpan pensel yang tidak efisien.bukan setakat pensel,sekali dengan kotak pensel hilang.

5. motor/basikal/kereta.
tidak semua orang ada.tetapi basikal adalah antara aset pertama dlm hidup.percaya x?

6. kunci loker/laci.
jika tiada,hilang dan sebagainya..pasti tidak tenang.dapat buka loker.ajaibnye..(masa kecik2 hingga sekarang kagum.)

7. anda tulis sendiri.anda yang tentukan.aku xda idea.

cerita emas dan mercun.dalam keadaan sedar

maafkan aku jika entri ini menggugat anda sebagai pembaca blog2 di jaluran wayar atau jaluran tanpa wayar.walhal mana2 tempat pun.

cerita emas dan mercun yang lalu.ada terdapat komen bersuara.bukan komen secara bertulis.pembaca tersebut tidak faham cerita aku.jadi untuk menjaga hati anda sebagai blogger,..aku huraikan sedikit lagi.


emas.simbolik dengan kekayaan.boleh dijual jika ada.
mercun.salah satu objek atau produk atau inventori yang boleh dijual walaupun merbahaya.
dan cerita tersebut berdasarkan komen dan coretan dari kawan blog aku.aeropama dot com.
----------------------------------------------------------------------------------
emas dan mercun tiada kaitan langsung.

satu statement yang aku terima dari blogger.bagus.terus terang.dan anda mestilah faham bahawa entri yang lepas adalah entri yang ditulis dalam keadaan separuh sedar.watpe aku tulis mcm tu??itulah maksud aku.anda hanya menghayati cerita dari luaran dan isinya.bukan setiap ayat yang digunakan.so sad.sayang sekali....haha..
dan ini blog aku.anda bebas mengomen.tiada kaitan dengan politik,skandal dan yang sewaktu dengannya.teruskan.

fine.lapar giler.
selamat berpuasa.

Monday, September 8, 2008

emas dan mercun.entri ini ditulis dlm separuh sedar.

semalam,ptg smlm.aku berada di makmal.macam biasa.menjalankan tugas.selain diselitkan dengan sesi bercerita dengan encik2 technician,aku borak2 kosong.bukan dengan air kosong.aku puasa.serius.

penceritaan bermula dengan emas.aku teringat buluh mas.kawan aku ada yang jenis excited benda2 mcm nih.biarkan.itu mereka dan keluarga mereka.kembali ke cerita asal.

Aurium,atau nama panggilannya emas.sgt mahal.aku nk jadi kaya gak.aritu aku komen kt www.aeropama.com yang aku berminat untuk jana pendapatan melalui penjualan mercun secara kecil-kecilan.disamping itu aku boleh bermain mercun.

bernas x idea aku???
(sambil mengangguk2 dan tepuk tangan...plzzz)

best kan jadi kaya.boleh makan apa kita suka.boleh juga tukar tayar moto yang baru dan mahal.xla pancit lagi.

era kegemilangan aku bermain mercun bermula masa aku berada di bangku sekolah.(mengapa ayat aku skema giler??cis.)
semasa aku di SIC,aku bermain mercun.bli kat luar negara taw.siam.fine.1 skolah bergegar sehingga polis datang.buat ceramah mlm2.

dan semalam ada satu dentuman yang membingitkan telinga aku.macam bom nuklear.(aku pasti.serius.)dan serta-merta aku pasang lagu Pull The Curtain-Sum 41 untuk menstabilkan arteri pulmonari aku dan salur separuh bulat dlm telinga yang tidak stabil.

jgn lupa.dptkn di pasaran mercun-mercun.dan jgn lupa melawat rakan anda yang berada di wad2 kritikal seandainya terkena mercun.

sekian.

Sunday, September 7, 2008

aku dan rambut

ada satu cerita aku ingat masa kecik2 dahulu.mama aku ceritakan kembali semasa aku pulang bercuti di rumah.

"mama dulu gunting rambut dengan gunting yg diperbuat dari buluh je.zaman sekarang pakai mesin."

(sebenarnya dia nak perli aku.sebab rambut aku panjang.)

kembali kepada masa sekarang.

sambil aku menulis entri ini,aku melayan kerenah kawan2 yang sentiasa keluar masuk dari bilik aku.biarkan.rambut mereka tidak panjang.jika rambut mereka panjang aku akan ajak mereka menulis entri ini.

kawan2 aku ramai yg berambut panjang dan pendek.ada juga yang panjang tubuhnya.ada juga yang pendek tubuhnya.(contohnya afiq dan haris.maaf.bulan puasa kena sabar.)

rambut aku panjang ke?aku rasa tidak lagi.nanti nak raya aku potonglah.

aku juga teringat ada satu adegan kt movie yang mana hantu Ju-On sedang mengusik orang.panjang giler rambut dia.siap boleh jerut orang.ada kegunaan tersendiri.
fine.

aku selitkan 1 fakta tentang rambut untuk anda.


Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

itu je aku jumpa.dlm wikipedia.mls nk cari.

Saturday, September 6, 2008

new style.

new style.

semalam aku tengok cerita WALL-E.buat kali ke 3.macam orang gila menonton cerita yang sama.tidak mengapa.it's a new style.

semalam juga aku tertengok ada seorang budak.(bukan rakan kerana hanya bertegur sapa sahaja).dia berdiri di depan cermin.berambut kusut dan sedang bermain-main rambutnya dengan jari-jemari yang kasar dan tidak diketahui berapa juta lemon kuman dan fungus berada di tangan dia.tidak mengapa.itu juga new style.biarkan.

aku tengok juga tengok-tengok awek dalam friendster.macam-macam style.

tiba-tiba aku tertengok seorang budak menggayakan seolah-olah ingin membunuh diri dengan terjun bangunan blok 4 tingkat.

seraya aku menjerit, "wah,style la kau!!!"


(padahal budak itu hanya melakukan gimik selepas mengambil bola yang disepaknya sehingga ke tingkat atas.)

Friday, September 5, 2008

bukan salah berbahasa lain.

first of all tahniah kepada afiq.hasta pronto cikapot.well done.congrats.your complicated disguise has been detected.adegankhayalan akan memperkotak-katikkan anda.jgn risau.

aku dengar lagu Rancid-Ruby Soho.Soho tu maksudnye "sohor" ke??fine.itu bahasa kelantan.muziknye cukup untuk menggoyangkan kaki aku seakan-akan bermain dram buruk kepunyaan usaidi.buruk tetapi berguna.

menyebut pasal bahasa jerman, aku teringat MCKK,Kuala Kangsar,Perak.logo yang cukup gemilang. Fiat Sapienta Virtus.(Manliness Through Wisdom.)how's great!!!tapi aku kecewa bila sekolah aku dulu berlogo Go Beyond.xpe.itu bukan sekolah.itu maktab.

furthermore, it is impossible to learn another type of language.but human brain has many function.it's up to you.FIAT SAPIENTA VIRTUS.not HASTA PRONTO CIKAPOT.(sori)

Thursday, September 4, 2008

cerita selipar.

2 minggu yang lepas aku membeli selipar yang berharga RM2.00.segan aku nak bagi tahu brand apa.amat sukar nak berjalan kerana selipar itu hilang.baru jer hilang.2 hari yang lepas.

aku teringat kawan aku pernah berkata..."mungkin ia berada di dunia yang lain".dia menghuraikan lagi bahawa barang-barang kita yang pernah hilang dari kecil sampai sekarang berada di dunia 1 lagi.dunia yang dipenuhi barang-barang yang hilang.kadang-kadang aku rasa macam betul.(maafkan saya haris.ini sekadar melayan cerita anda).

ada kawan aku yang suka membeli dan memakai selipar yang mahal-mahal.kagum aku tengok.lagi aku gumbira jika selipar mereka hilang.sambil aku mengucapkan tahniah.

dan sekarang..macam mana aku nak pergi bazar ramadan tanpa selipar??