Monday, September 21, 2009

get out.

mungkin itu ayat untuk setan yang kena ikat.tapi itu bukan tajuk utama aku.

hari raya pertama.makan.makan segala jenis benda yang ada.jika rumah mak saudara aku yang berperisa keladi itu boleh dimakan, mungkin aku akan makan.

malam hari raya pertama.aku sendawa berbau muntah.memang agak menggelikan jika anda sebagai pembaca blog aku ini.sangat la jijik.tapi itu benda yang lumrah.dan aku tidur mengiring sebab takut gemuk.orang tua-tua cakap kalau kenyang,xleh tidur.tapi siapa yang nak halang aku dari tidur??

pagi hari raya kedua.aku bangun agak awal.pkul 7 pagi.sebab ada ayam berkokok tepat di telinga aku.sebab rumah datuk aku ada lubang-lubang udara di lantainya.so, aku ludah ke atas ayam itu.(campur sekali degan air liur basi).dengan harapan ayam tersebut padan muka.sayang sekali.tidak kena.terkena tangan aku sebab aku mamai.

dekat-dekat tengah hari hari raya kedua.aku masih lagi sendawa muntah.dan perut aku memulas.aku rasa sudah sampai waktunya untuk melepaskan apa yang patut aku lepaskan dari semalam lagi.

makin teruk aku mengarut.aku taknak anda makan melebihi had yang dibenarkan.dengar nasihat aku.


selamat hari raya.maaf zahir sahaja.

Friday, September 11, 2009

imbas kembali.

aku masih tidak dapat tidur lagi untuk pagi ini.

bulan puasa biasalah.bangun 'soq' atau sahur.soq tu bukan syok sendiri.atau syok kepada siapa-siapa.

biasanya aku parking kereta kat dalam pagar.untuk elakkan kecurian sebab kereta aku tiada safety.ada yang panggil kereta aku transformers.tapi tiada pun part kereta aku yang mirip dengan cerita best itu.dan aku tidak sehensem mamat transformers tuh.ada orang panggil kereta aku kereta tung.pergi mampos.janji kereta aku boleh bergerak.

disebabkan aku rasa muak dengan makanan di kedai mat lampir (bukan nama sebenar),aku parking di luar pagar juga.sebab aku rasa malas untuk berjalan ke kedai mat lampir.kaki aku rasa seperti ada rantai dan batu seperti banduan.

sebenarnya aku tidak pergi pun ke kedai mat lampir.sebab semalam aku jumpa empunya kedai itu.memang macam mat lampir.aku tengok sekali lagi macam opah dalam cerita jangan pandang belakang.terus down selera makan aku.

ok.masa untuk makan semakin suntuk.waktu imsak pun bila-bila boleh datang.aku cari la kedai mana yang bukak.maafkan aku wahai mat lampir.tolonglah jaga pelanggan anda jika mahu beli BMW dan buat rambut di kedai abang Lan.

aku singgah di kedai makan yang boleh untuk aku order makan.dan makan di situ juga.jika di meja makan,sudah tentu ada cerita-cerita.tak perlulah aku cerita banyak sangat tentang perkara ini.nanti diorang ingat aku mulut lembik.takpun pengorek rahsia.sori.aku bukan manusia jahanam seperti itu.aku tidak berminat.aku lebih suka hal aku sendiri.

imbasan kembali sewaktu di sekolah.topik ini paling menarik.dan cerita yang paling aku takkan lupa sewaktu aku menjentik/bidas/stalat kapur tulis dan terkena @#??&*^%%$# cikgu pendidikan islam aku.dan aku kena denda dengan hukuman yang agak berkesan.


hukuman itu dinamakan gergaji telinga.


cuba bayangkan bagaimana bentuk hukuman tersebut.




gergaji telinga.

benci aku dengar hukuman ini.

bukan dengan gergaji sebenar.tangan di geselkan di atas telinga dan di gerak-gerakkan tangan itu seolah-olah gergaji.aku rasa budak zaman sekarang tidak pernah menggunakan gergaji tangan.sebab gergaji elektrik berlambak di pasaran.

hell.damn.telinga aku akan bertukar atau transform ke warna merah jika dikenakan hukuman tersebut.

aku mahu tidur.mata aku dah merah.mungkin aku kena hukuman gergaji mata???oh tidak.

kawan-kawan.jangan quit blog.

saya mendapat tahu kawan saya ingin quit blog.tolong jangan quit.

masih ada masa lagi untuk berfikir.

nukilan dalam blog adalah nukilan asli dari anda.jangan sia-siakan.

dan saya menghargai.


(penulisan 'aku' ditukarkan kepada 'saya' tanda menghormati)

tolong jangan.

Sunday, September 6, 2009

kebaikan untuk hari ini.

bulan puasa kena buat benda-benda baik kan??

antara kebaikan yang aku buat hari ini ialah :


1. menolong kucing di floor aku dengan memberinya maggi yang tidak habis semalam.

2. sembahyang subuh tepat waktu (kalo bukan bulan puasa aku tidak pasti)

3. tidak mengorek hidung.sebab semalam dah servis.

4. tidak makan.of course.

5. tidur siang.so xbyk dosa.

6. makan kuih untuk buka puasa.makan nasi masa sahur.jimat.


selamat berpuasa.