ini bukan cerita pasal lagu final countdown.ini betul-betul final.aku da hampir-hampir stress dengan report,laporan dan kerja yang memeningkan.stress!!
ada satu malam itu.untuk menangani stress,aku keluar makan dengan member aku yang berbibir seksi.macam angelina jolie.tapi tak seksi.aku tidak kisah.lalu aku pesan nasi goreng chicken chop.sedap tapi murah.maklumlah poket dah agak kering.kalau ada pon tisu pizza yang entah bila aku pergi makan masa ada duit dulu.
sedang syok berborak,cek mesej dalam handset dan menghirup udara sekeliling yang berbau belacan menusuk hidung,ada mamat seorang datang ke arah aku.macam lembut aw aw gayanya.aku risau kot-kot datang bagi tawaran hebat kat aku.rasa macam nak blah cepat-cepat.tapi dah trlambat....
mamat tu datang hulur tangan.aku da prepare dengan garpu dan lighter.nak tikam dan bakar bulu hidungnya.rupanya dia nak salam.terus terbatal nawaitu aku.suaranya pun agak aw aw.lembut semacam.
'bang,tumpang tanya leh??macam mana jalan untuk ke bukit air??'
ingin aje aku cakap jalan ke sana tidak berapa elok.kalau malam-malam ada beruk melintas.tapi sekali lagi niat aku terbatal sebab dia bawa geng.1 kereta rupanya.1 kereta sama dengan 5 orang.5 orang lawan 2 orang tidak sesuai.
seraya aku bagi plan kat dia.aku tulis-tulis di atas udara jela.belok kanan,belok kiri,belok kanan,aku pun tak berapa ingat jalan ke bukit air.tempat mandi sungai dan boleh juga jika ingin mandi lumpur.
punyala jalannya berbelit,aku takut aku salah bagi direction kat diorang.bagi aku, budak ni kalo aku tipu pun diorang percaya.mana dia kenal aku.aku tidak kenal diorang.bila dua-dua tidak kenal, komunikasi interpersonal tidak akan berlaku.maka dengan itu, aku boleh bagi apa-apa jalan untuk buat mereka blah dari jauh-jauh.
rasa macam jahat jugak aku sebab kelentong.macam la IQ diorang tinggi sangat.aku cakap sekali je dah ingat.encik wikipedia tak sehebat itu.(budak kelas aku yang terer)
cerita punye cerita jalan ke bukit air,aku pun putuskan.bagi kata putus.ikut signboard jela.kata student u.xkan tak boleh nak survive.tapi mamat tu tak nak blah lagi.melampau dah nih.siap mintak nombor tepon.sangat melampau.
dah la.pergi la main jauh-jauh.tak larat nak layan dah.akhirnya, mamat tu and geng blah.maybe dia nampak muka aku semacam.dan aku tikam garpu kat meja.(tipu je)
dan sekarang mamat tu duk kol aku ajak keluar.mungkinkah hanya tektik dia sahaja bertanya jalan untuk ke bukit air??sedangkan dia sebenarnya gay??dah dua malam dia ajak aku keluar makan.menyampah aku.tolong aku.