Wednesday, May 7, 2008

entri a.k.a adegan

aku rasa sesuai untuk aku gunakan adegan sebagai pengganti nama entri aku.

untuk pengetahuan anda, aku sekarang menulis dalam gelap dan sedang mengambil feeling terhadap idea penulisan blog.

sambil memainkan lagu dari laptop aku, jari-jemari aku mula menaip dengan lincah.aku search maksud 'adegan', tapi banyak yang lucah.kecewa aku.aku kecewa.ada adegan panas dan adegan yang bukan untuk tontonan umum.

aku search lagi dan kali ini tidak berapa kecewa.sebabnya aku jumpa maksud adegan dari segi yang lebih ke arah imaginasi.ada kaitan dengan star wars.adegan crystal.kristal yang digunakan untuk membuat lightsaber.ada warna hijau.ada warna merah.siapa-siapa yang pernah tengok cerita tu tentu tahu apa apa itu lightsaber.tapi star wars terlalu tinggi imaginasi.

xpe.aku boleh terima.kadang-kadang imaginasi amat diperlukan dalam sesetengah perkara.dan jarang-jarang sekali aku menggunakan imaginasi aku sebagai inspirasi untuk mengarang dan menaip.imagination is inspiration.inspiration comes from imagination.untuk orang lain aku tidak tahu.terpulang.

jadi untuk merancakkan keadaan, aku tukar lagu lagi.sugarcult dan lagu slick shoes.boleh diterima oleh gegendang telinga aku yang sudah lama tidak diservis.

aku rasa adalah bijak dan menarik kalau aku menambah sedikit tentang adegan manusia apabila mendapat sesuatu yang tidak pernah dapat sepanjang hidupnya.sebagai contoh yang relevan dari aku ialah, dapat penampar dari cikgu yang mengajar matematik kerana tidak menghafal sifir.

pernah terjadi ketika umur aku menjangkau 11 tahun.berdesing.amat menarik bunyinya dan gaya aku seakan-akan Patrick Stump berdansa.reflection terhadap apa yang berlaku ialah hampir seluruh kelas terdiam.terkaku.macam paku.

tapi aku tak berapa pasti berapa kali aku terlibat dengan adegan tersebut dan hasilnya aku tidak ingat sifir sampai sekarang.serius.dan aku yakin jika sekali lagi aku mendapat hadiah seumpama itu, pastinya hilang ingatan terhadap formula V=IR dan Hess Law.

begitu juga dengan manusia yang mendapat sesuatu yang tidak pernah dapat lagi dalam hidup pastinya aku mendapat effect atau kesan yang mendalam dan yang aku pasti anda akan ingat.

Monday, May 5, 2008

panjang,pendek dan blog

serabut betul aku menulis panjang-panjang.mungkin betul feeling diperlukan untuk menulis blog.suasana gelap diperlukan dan berseorangan.mungkin itu caranya penulisan blog yang panjang.

perangai dan pemikiran

aku rasa aku perlu menulis tentang perangai dan pemikiran manusia.bukan apa.sebab aku rasa macam itu.memang perangai aku.tiada siapa boleh pedulikan.

ada macam-macam perangai manusia.aku tak pertikaikan.setiap 100 bilion neuron otak manusia aku tidak tahu berapa jenis perangai yang ada dalam diri aku, kawan-kawan aku, manusia dan mereka-mereka yang tidak diiktiraf menjadi manusia.(sebagai contoh, cacing pita dan jin serta alien.)

aku tak berapa yakin kalau orang yang menunjuk-nunjukkan perangai dia.bukan perangai menunjuk-nunjuk.orang seperti ini banyak tahu isu semasa, keadaan semasa.tetapi dirinya yang menunjukkan perangai dan pemikirannya terlalu over.bagi pendapat aku la.

perangai aku.bukan semua pendapat aku adalah hasil dari pemikiran aku sendiri.ada yang aku huraikan pendapat orang lain.aku tak peduli.itu perangai aku.yang penting aku tidak menambah pendapat orang lain.yang penting lagi aku benci gay.

apa yang aku ingin ceritakan kat sini ialah perangai dan pemikiran manusia yang menceritakan perangai dan pemikiran orang lain.orang sekelilingnya.tetapi tidak memikirkan dirinya sendiri pada waktu itu.aku taknak huraikan apa itu hipokrit.semua orang tahu.

perangai dan pemikiran manusia juga boleh mencipta fakta baru.aku tak kisah sebab itu pemikiran mereka.macam kawan aku sorang.tidak aku nafikan pemikiran mereka.tapi kalau nafikan pemikiran aku,tidakkah itu melawan hukum manusia yang hidup berkelompok????

dalam penulisan aku juga kadang-kadang ada penambahan dari segi ayat yang kadang-kadang hiperbola dan ada yang boleh dikatakan over.itu perangai aku.itu pemikiran aku.

pada pendapat aku la..seseorang yang mempunyai pemikiran dan perangai tersendiri mempunyai 'trade mark' dalam hidup dia.begitu juga dengan keupayaan psikologi yang tinggi sehingga timbulnya idea-idea baru walhal idea tersebut mempunyai logik akal.mereka boleh dikatakan mempunyai otak pemikiran yang ketiga.macam juga kawan aku.respek.

aku pernah terdengar salah seorang penceramah semasa aku form 5.dia menyebut tentang otak pemikiran orang yang ketiga.aku tidak ingat.aku cuba search.ada sedikit tentang ertinya.daya pemikiran yang menggunakan akal.memang menarik.orang sebegini menggunakan akal sebagai medium pemikiran mereka sehingga boleh mencipta sesuatu fakta yang baru.ada kawan aku macam itu.itu perangai dia.aku tidak nafikan.

yang penting, perangai manusia dan pemikiran manusia aku tidak nafikan.semua itu terhasil dari otak manusia.aku taknak huraikan lagi.yang penting lagi, jangan dolak-dalikkan perangai dan pemikiran manusia sekeliling.titik.noktah.

Sunday, May 4, 2008

FW : pengaruh cerita

ada kawan-kawan aku tidak faham cerita ini.pengaruh cerita.aku cerita secara detail lagi.

pengaruh cerita ialah pengaruh atau ikutan seseorang atau imaginasi seseorang yang terlalu lebih terhadap cerita tersebut tidak kira cerita apa pun dari konteks cerita kanak-kanak,cerita khayalan dan cerita yang sesuai untuk tontonan umum,U,18SX,18PL,18SG dan 18C(celcius)-nak bagi panjang ayat.

budak itu yang juga merupakan saudara kecil aku yang amat fanatik,minat dan sebagainya terhadap cerita kanak-kanak.(itu menurut ibunya.).aku tak pasti sebab aku bukan menjalani kehidupan dengannya.

(jap.ada tauke besar datang rumah aku untuk menjalankan perniagaannya secara haram.)

sambung kembali.

kembali kepada cerita asal.apabila cerita mempengaruhi pemikiran seseorang itu, semua yang berkaitan dengan kehidupannya, akan diaplikasikan sepenuhnya.sama dengan cerita aku dulu.budak itu mengatakan bahawa kunci kereta telah disembunyikan oleh shaggy dan scooby-doo.cerita scooby-doo.semua orang kenal kartun dan animasi itu.cerita hantu.

harap maklum.


p/s: adakah aku patut menukarkan tajuk cerita tersebut "kisah aku ditipu budak kecil"????

berfoya-foya di kuala perlis

aku bukan manusia yang banyak duit.dan aku juga banyak mengarut dalam blog aku.kadang-orang tak faham apa aku tulis.fine.itulah tujuan aku.apa yang aku tulis untuk menimbulkan pertanyaan.tak semestinya orang akan faham kalau baca sekali.mungkin ada episod seterusnya seperti cerita zaman kanak-kanak Doraemon, Cybercop dan sebagainya.

jadi orang akan tengok sekali lagi.macam blog juga.baca untuk seterusnya bagi faham.aku tak pasti dan tak jangka apa yang orang akan komen.aku bukan nostradamus.serius.

ada juga orang cakap aku merepek.fine.haha.(gelak ala-ala bengang.tapi tak marah)

dah.aku bukan nak cerita pasal ni.

aku nak cerita masa aku pergi berfoya-foya di kuala perlis.sebelum itu tahniah kepada kawan aku sempena tragedi tertinggal bas.congrats!!burn duit ko.

aku dan kawan-kawan seperti biasa selepas exam.minum(bkn minuman haram.teh o ais.xpun milo blended)dan jalan-jalan di kuala perlis.even tak banyak yang menarik, aku menjalankan tugas sebagai remaja yang bujang.keluar berjalan waktu malam dan berfoya-foya.

adegan kejar polis ada juga berlaku walhal bukan kami yang salah.mat rempit jalanan juga berada di tempat kejadian.harapan kami semoga mat rempit accident, terbalik motor dan berjaya di tangkap polis.(aku rasa korang pon akan berharap macam itu kalau tengok mat rempit.tapi sebelum itu memuji-muji mereka.)

adegan kami diteruskan.ini bukan adegan khayalan mahupun maya.perjalanan 'u' turn dan pergerakan gear berlaku serta merta apabila kami nampak kereta yang memancarkan lampu biru.dan perjalanan diteruskan.

itulah cara kami berfoya-foya setakat ini.selain menghabiskan duit dan sedikit tenaga.


apa lagi yang ada di kuala perlis???? tell me...nothing...bla bla bla.

Friday, May 2, 2008

jom..mentaip dan mentulis..

aku ada perasaan ingin menulis blog.tp tidak kesampaian.sorila lambat update.antivirus aku pon tidak update lagi.sorila laptop aku.jangan buat hal sudah.

baru aku sedar arini bulan baru dah.bulan MEI.mungkin ada yang menarik pada bulan ini.sebab cuti???no way..aku tak pikir nak buat apa bila balik rumah nanti.tak nak aku jadi Nostradamus.aku tak nak juga jadi macam kartun Futurama.mengarut.serius...

dah 2 minggu aku menjadi ulat buku.sekadar ulat.abis exam aku tinggal la buku tu.
dan masa study aku habiskan dengan makan burger dan minum sirap siam.kalo terdesak nasi bujang.(save bajet sket)

jadi aku ajak anda semua..jom menulis..exam da bermula.(padahal dah nk abis.)
choww...