aku rasa sesuai untuk aku gunakan adegan sebagai pengganti nama entri aku.
untuk pengetahuan anda, aku sekarang menulis dalam gelap dan sedang mengambil feeling terhadap idea penulisan blog.
sambil memainkan lagu dari laptop aku, jari-jemari aku mula menaip dengan lincah.aku search maksud 'adegan', tapi banyak yang lucah.kecewa aku.aku kecewa.ada adegan panas dan adegan yang bukan untuk tontonan umum.
aku search lagi dan kali ini tidak berapa kecewa.sebabnya aku jumpa maksud adegan dari segi yang lebih ke arah imaginasi.ada kaitan dengan star wars.adegan crystal.kristal yang digunakan untuk membuat lightsaber.ada warna hijau.ada warna merah.siapa-siapa yang pernah tengok cerita tu tentu tahu apa apa itu lightsaber.tapi star wars terlalu tinggi imaginasi.
xpe.aku boleh terima.kadang-kadang imaginasi amat diperlukan dalam sesetengah perkara.dan jarang-jarang sekali aku menggunakan imaginasi aku sebagai inspirasi untuk mengarang dan menaip.imagination is inspiration.inspiration comes from imagination.untuk orang lain aku tidak tahu.terpulang.
jadi untuk merancakkan keadaan, aku tukar lagu lagi.sugarcult dan lagu slick shoes.boleh diterima oleh gegendang telinga aku yang sudah lama tidak diservis.
aku rasa adalah bijak dan menarik kalau aku menambah sedikit tentang adegan manusia apabila mendapat sesuatu yang tidak pernah dapat sepanjang hidupnya.sebagai contoh yang relevan dari aku ialah, dapat penampar dari cikgu yang mengajar matematik kerana tidak menghafal sifir.
pernah terjadi ketika umur aku menjangkau 11 tahun.berdesing.amat menarik bunyinya dan gaya aku seakan-akan Patrick Stump berdansa.reflection terhadap apa yang berlaku ialah hampir seluruh kelas terdiam.terkaku.macam paku.
tapi aku tak berapa pasti berapa kali aku terlibat dengan adegan tersebut dan hasilnya aku tidak ingat sifir sampai sekarang.serius.dan aku yakin jika sekali lagi aku mendapat hadiah seumpama itu, pastinya hilang ingatan terhadap formula V=IR dan Hess Law.
begitu juga dengan manusia yang mendapat sesuatu yang tidak pernah dapat lagi dalam hidup pastinya aku mendapat effect atau kesan yang mendalam dan yang aku pasti anda akan ingat.
No comments:
Post a Comment