Tuesday, November 11, 2008

cerita walkman.penipuan yang menjadi.

kegatalan tangan aku untuk menulis semakin menjadi.da ckup rasanya aku berehat.bermain dengan kucing lorong yang hitam dan anak buahnya, bersama-sama encik wikipedia, bermain dengan abang muka study si panjang, si gemuk yang pendek, org tua yang berumur 43 tahun, dan juga geng2 yang berwawasan.

hatta aku bermain dengan mereka ini, aku baru sedar yang rupa-rupanya, zaman kanak-kanak,zaman remaja bawahan akan berakhir.muka bumi perlis ini akan beredar ke bentuk2 muka bumi di tempat lain.

(bodoh.mengapa entri aku bodoh semacam??)

dah.aku rasa adegan kali ini, situasi kali ini bersama kawan2.aku ada sorang kawan masa aku kecik2 dulu.nama dia aku xbrape ingat.dia suka pakai kasut yang menyala lampu bila berjalan.fulamak.sape xberkenan.(masa kecik dulu la.)dan aku pernah kena penangan tapak kasut tersebut.

aku pernah mintak ngan bapak aku nak walkman.sebab budak tu jugak.bawak walkman pergi sekolah.dan diceritakan sebuah alkisah dari pak sedara aku yang memang suka menipu aku...dan aku pendekkan kerana ingatan aku tidak seperti robot...

"walkman sebenarnya tipu.mana ada ada orang nyanyi kt dalam.semua itu tipula.sebenarnya orang pkai walkman tuh la yang menyanyi.orang yang dgr walkman suatu hari nanti telinga dia akan jadi pekak dan lubang telinga akan membesar seperti telinga pok man tukang jam tuh."

bila aku ingat cerita itu..memang aku percaya.dan walkman hilang dari ingatan aku sehingga form3.sebab budak itu yang mempengaruhi aku.

sebenarnya adegan ini aku tulis setelah aku bermimpi dapat walkman.dan dlm mimpi itu aku masih kecik.

dan aku yakin pak sedara aku itu masih lagi menipu adik2 aku yang lain.

11 comments:

ada van de kamp said...

hahaha...
boleh pulak prcaya. tp xpe, bdk kecik memang slalu ditipu.heheh =P

alia amirah said...

LOL.zaman innocent.
anyways, thanks 4 d add.kat fs.

TUN said...

ladies first

alia amirah..owkay..tenkiu.

ladies second.

adalicious...anda mcm perli je...

Narina Joe "Najo" said...

wah..teringat first tyme dapat walkman. masa darjah 6. first time mnyumbat earphone dalam telinga. rasa mcam ku berada di dunia penuh muzik...syokk!

Teja Suraya said...

kui3..
zaman budak2 biasala..
teja dulu pun slalu tertipu..

hermm..rindu zaman budak2..haha..

Anonymous said...

isk2 mau tinggalkan perlis sudah?...
ayat mcm frust kena tinggal ja :P

TUN said...

wahai nazra..oi oi...molek sket..

tun teja yg kna tpu.sy x..pdn muka tun teja.

sy sokong najlaa..nnti sy blnje karipap.

Anonymous said...

nate gapo tun ni...
tapi pening2...faham dah...
apa benda ni...
lady first macam cun..sbb 2 first...

테하 ♕ said...

hahaha..
lawak ah..
lama tak dtg sni..
ak smpi skrg xde pon benda alah tu
mp3 pon xde..

Anonymous said...

haha, aku mmg sedia ada molek sih (^_^)

oit kalau sudi, amek award di http://rainazra.blogspot.com/2008/11/award-drpd-sis-tirana-maya-utk-aku-utk.html

FarhanaLicious said...

tp betul kan? dgr jalanlelaki boleh buat kita pekak. tapi itu la yg kita suka. uhu!