aku baru off laptop.tiba-tiba aku on kembali laptop aku.mungkin aku perlu dengar lagu 'mati hidup kembali' dari butterfingers album kembali.
aku rasa nak update blog.maklumlah.dah lama tak update.hidup betul betul-betul membosankan jika tiada apa-apa.di sini aku ambil kesempatan untuk mengucapkan takziah untuk hidup aku yang dulu semasa di perlis dan johor dan juga kb mall.mungkin juga australia yang cun itu.sesekali aku mahu jadi ian curtis.aku pernah bagitahu bulat.
'lat(nickname kepada bulat), bijok dok kalu aku jadi ian curtis si vokalis joy division?.perform bagus,bini pon ada dan cun,vocal power,cergas dan lain-lain.' bulat geleng kepala.tapi dia cakap ok sahaja.aku mengerti mengapa bulat geleng kepalanya yang pernah kena sondol oleh zaidi semasa dia tidur lena dibuai mimpi.kerana ian curtis mati pada umur 23 tahun, walaupun album nya meletup.kerana beliau ada sawan babi.bukan influenza A atau pun selsema babi.
bukan mudah untuk melupakan sesuatu perkara.aku tabik spring sesiapa yang dapat meminggirkan ingatan beliau kepada sesuatu usaha yang tidak membuahkan hasil.abaikan.kita cerita lain.
3 tahun aku memenuhkan ruang otak aku dengan sedikit ilmu fizik, kimia, bahan, dan mesin yang bising dan bingit itu.setiap ruang aku hargai.sebab aku percaya, jika kita hargai sesuatu, sesuatu itu akan hargai kita.tapi aku tak jumpa lagi seperti itu.
3 tahun juga aku habiskan masa depan laptop, kawan-kawan, dan sawah padi serta binatang yang dipanggil dengan nama yang cukup mesra, charlie atau cali atau ikutlah macam mana ejaan nya.hinggakan ada yang mengaku matanya seperti thom yorke lepas digigit binatang kecil itu.menyampah.
3 tahun juga aku mengenali erti copy and paste assignment encik wikipedia.aku percaya dia.
lepas 3 tahun???
aku kembali normal.memakai seluar jeans tiruan yang koyak sebab accident, baju atticus yang lusuh dan selipar jepun.memakai cermin mata yang tidak berbingkai tebal lagi.rambut yang tidak disikat.mungkin ada yang tidak suka sebab mengimaginasikan aku seperti seorang yang tidak diharap,tidak dapat menjadi tauladan dan ikutan.maafkan aku orang yang tidak dapat melihat aku seperti ini.sebab aku yang perlukan tauladan dan ikutan.bukan mereka atau beliau dan sesiapa sahaja.
tak baik menunjuk-nunjuk.
bangun pagi esok.aku perlu housekeeping untuk kali ke 3 minggu ini.bersihkan bilik ini.aku benci sampah sarap, sawang dan sebagainya.dan aku benci binatang kecil dan bintang kecil.bintang kecik itu kecikkan hati aku.aku harap bintang kecik itu kembali jika dia dapat baca blog aku.biarlah di ceruk mana di malaysia,dan mana-mana pun kat dunia ini.entah.
No comments:
Post a Comment