Sunday, February 8, 2009

mendengar muzik di mana2.

aku ada hobi.sebenarnya nak kongsi dengan anda.

aku suka dengar muzik.
dalam bas.
dalam kilang.
masa kerja.
dalam bilik.
dalam bilik air.

eh, dalam bilik air???

ya.aku pernah joint speaker dari laptop ke dalam bilik air.menarik.

dalam bilik yang sempit.sempit gila.tapi bunyi yang bergema.lagi best.macam dalam gig.dalam konsert mini.aku tidak menipu seperti mana blogger yang lain.


sebenarnya inspirasi yang mungkin imaginasi ini aku dapat dari buku yang aku baca..

pergi mati untuk mereka yang akan mati.

aku slow2 naik moto.
biasa balik kerja.
macam biasa.

tiba2 ada mat rempit potong aku.

boleh blah.

pergi mati untuk mereka yang akan mati....


(faham2 sendiri apa yang akan berlaku.dan telah berlaku.depan mata aku.)

Saturday, January 31, 2009

apanakjadi.jadila

kadang-kadang aku guna ayat ni bila tidak boleh jawab exam.merapu boleh la.apa yang pasti,ayat ni boleh senangkan aku.tidak kira dilanda problem apa pon.serius.

aku terpikir untuk jadikan ayat ni kata2 semangat.tapi macam bodoh bila aku fikir untuk kali ke dua.

kadang2 gadai nyawa takda guna kalau xda respon.aku baik taw.xknal maka tak cinta.aku da menyampah dengan ayat tuh.

untuk diri aku bulan ini.apa nak jadi,jadi la.

Saturday, January 24, 2009

mangga,handset dan kenang-kenangan (ilham adinda)

once upon a time..bla bla.sebenarnya malas aku nk cerita pasal buah.sebab aku tak makan buah kot.

mangga atau nama saintifik bagi orang melayu di malaysia secara amnya kunci.bukan buah.sesuatu yg amat penting jika ingin tinggalkan rumah.haih

dan kerana mangga juga handset aku dicuri.best kan bila handset baru dicuri orang.kan kan??(sebenarnya aku menyumpah-nyumpah pencuri).baru nak try handset yang ada kamera.berikut aku sediakan serba sedikit tentang biodata atau profile sebagai kenang-kenangan.


nama : sony ericsson W....(sedih aku nak ckp)

nilai : tidak ternilai

tempat beli : ioi mall

saksi ketika beli : poca-poca

tarikh beli : 5 januari 2009

tarikh kena curi : 16 januari 2009

waktu : antara 8pg-9pg

status pencuri : tidak berperikemanusiaan,bujang dan tidak bekerja.(patotla jadi pencuri)

pencuri : suspek orang india.

yang kena curi : aku la!!!!

Sunday, January 11, 2009

aduh.peristiwa tag berulang.damn.!!

peristiwa tag berlaku lgi.mengapa??siapa blh jwb?


1) The age you’ll be on your next birthday

21.(da boleh mengundi tau)


2) A place you’ll like to travel to

Korea cmbest je aku tgk.(dlm poskad.member aku dr korea hantar.)


3) Your favourite place

restoran tasek selatan.pergh.syahdu.


4) Your favourite food

hasil2 tenusu.


5) Your favourite pet

katak.selalu ada dlm kasut aku bila aku nk g mana.suka sgt ngan VANS ke katak tuh??


6) Your favourite colour combination

pink and blue.jd magenta.(kot2 la.)


7) Your favourite piece of clothing

ATTICUS Clothing.


8) Your all time favourite song

punk rock.lagu2 xdala rock sgt.


9) Your favourite tv show

late show with david letterman.ada je artis yg perform.


10)The town in which you live in

gua musang,kelantan.dpn gua.blkng bukit.


11) Your first job

basuh kereta ayah aku.upah mkn nasik.n then miyoshi precision,skudai.a lot of indon,nepal and jawa.but im not part of them.


12) Your dream job
job??xfikir lg.biarlah dlu.blaja dlu.


13) Your worst fear
swimming n some insects.like lipas.pergh.geli.


14) The one thing you’d like to do before you die
ckup amalan n rukun agama.


15) The first thing you’ll buy if you get $1000 0000
xfikir lagi nk bli apa.yang penting simpan dlm bank.Maybank kot.bukak akaun.

Tuesday, December 9, 2008

tlg jgn tunjuk kebodohan anda.

adegan itu aku lihat di tempat aku berada sekarang.negeri johor darul takzim.

dan aku menjadi jakun di negeri org..

anda jgn menipu jika pergi negeri orang pastu buat2 tahu semua.

dan jgn menunjukkan kebodohan anda di depan orang lain.kwn2 serumah tidak mengapa.

p/s : jgn jadi bodoh.

Tuesday, November 11, 2008

cerita walkman.penipuan yang menjadi.

kegatalan tangan aku untuk menulis semakin menjadi.da ckup rasanya aku berehat.bermain dengan kucing lorong yang hitam dan anak buahnya, bersama-sama encik wikipedia, bermain dengan abang muka study si panjang, si gemuk yang pendek, org tua yang berumur 43 tahun, dan juga geng2 yang berwawasan.

hatta aku bermain dengan mereka ini, aku baru sedar yang rupa-rupanya, zaman kanak-kanak,zaman remaja bawahan akan berakhir.muka bumi perlis ini akan beredar ke bentuk2 muka bumi di tempat lain.

(bodoh.mengapa entri aku bodoh semacam??)

dah.aku rasa adegan kali ini, situasi kali ini bersama kawan2.aku ada sorang kawan masa aku kecik2 dulu.nama dia aku xbrape ingat.dia suka pakai kasut yang menyala lampu bila berjalan.fulamak.sape xberkenan.(masa kecik dulu la.)dan aku pernah kena penangan tapak kasut tersebut.

aku pernah mintak ngan bapak aku nak walkman.sebab budak tu jugak.bawak walkman pergi sekolah.dan diceritakan sebuah alkisah dari pak sedara aku yang memang suka menipu aku...dan aku pendekkan kerana ingatan aku tidak seperti robot...

"walkman sebenarnya tipu.mana ada ada orang nyanyi kt dalam.semua itu tipula.sebenarnya orang pkai walkman tuh la yang menyanyi.orang yang dgr walkman suatu hari nanti telinga dia akan jadi pekak dan lubang telinga akan membesar seperti telinga pok man tukang jam tuh."

bila aku ingat cerita itu..memang aku percaya.dan walkman hilang dari ingatan aku sehingga form3.sebab budak itu yang mempengaruhi aku.

sebenarnya adegan ini aku tulis setelah aku bermimpi dapat walkman.dan dlm mimpi itu aku masih kecik.

dan aku yakin pak sedara aku itu masih lagi menipu adik2 aku yang lain.

Tuesday, October 21, 2008

self experiment

ada 1 adegan semalam yang boleh menggelikan hati aku.aku pon tak tahu apa itu frasa geli hati.suka??gumbira??ke apa kebenda.bukan topik aku.tapi lokasinya aku nyatakan sebagai dewan dan sedang diintebiu.

bila nervous, banyak benda boleh jadi.so, leh imagine kan??daripada yang sihat boleh mengalami penyakit parkinson,cikungunya (haris ckp cik tunya.bak ckp tunga.)dan sebagainya.nak menulis pon terketar.usahkan bercakap.

aku pernah buat eksperimen.mula2 belah kelapa dan mesinkan kelapa itu.lepas tuh cepat2 taip msj atau tekan butang kt telefon.best x??cuba wat.aku dah cuba.aku tahu betapa bestnya adegan ini.dan anda boleh gelak sorang2 tapi jgn berlebihan.

untuk rasa lebih nikmat lagi, sebelum tidur, anda letakkan tangan anda di udara.maksud aku anda di atas katil tetapi tangan anda tidak diatas katil.cuba ini.lagi best bila anda bangun dari tidur dlm posisi yang sama.

jika anda tidak yakin dengan diri anda, cuba anda yakinkan diri anda dengan mengulang2 kata2 semangat ini."terik nih tentu doh bulih".sebanyak mungkin.pastikan ada penyokong dari belakang yang bersorak seolah2 orang gila sambil mengorek lubang di tilam anda.anda pasti berjaya.lebih2 lagi bermain game.

cuba anda selalu buat self experiment utk memeriahkan hari-hari hidup anda.

Monday, October 13, 2008

percubaan 2.masuk wayang.

aku nak ulas blog haris.bukan apa.dia cakap aku ajak dia tgk cerita 9 september.fitnah semata2.padahal dia yang syorkan.dasar mutuhhh!!!kata bahadur.(iaitu haris)

menyampah aku.1st movie yang aku tgk dalam wayang dalam hidup aku merupakan satu yang movie yang menyampah.sumpah.aku tgk cerita 9september.gara2 haris.kalo dark knight,iron man ke xpe gk.

ada juga kroni-kroni yang melantangkan suara mengajar aku ilmu2 sebelum masuk wayang.semua tidak guna.

petua sebelum masuk menonton wayang.(tidak boleh dipakai langsung.)

1. tidak boleh memakai selipar.
2. tidak boleh bawa makanan.
3. kena tight in.
4. tidak boleh pakai spek????cilakak lu.

bengang.yang pasti aku akan pilih cerita yg betul2 best untuk ditonton di wayang.

Tuesday, October 7, 2008

cita-cita tinggi versi sketsa hari raya.

selamat hari raya untuk blogger.pendapatan duit raya tidak memberangsangkan untuk tahun ini.

ok.aku terjumpa sepupu aku.kecik lagi.umur 4 tahun.aku menggunakan imbuhan awalan 'ter' sebab aku tidak mahu berjumpa dengan dia.biasalah hari raya.semua sanak saudara berkumpul.dan aku tegaskan sekali lagi aku tidak mahu berjumpa sepupu aku yang nakal itu.

selain nakal,dia banyak bercerita.aku namakan dia batang buruk.tak pun semperit jela.si semperit itu suka bercerita.dan tidak semena-mena dia bercerita tentang cita-cita.

entah apa la fikiran semperit itu.imaginasi tinggi.cita-cita pon tinggi.

dipendekkan cerita, semperit bercerita ingin menjadi macam anuar zain.(aku tidak minat anuar zain.tidak tipu.betul2 aku tidak minat.)semua ini mesti terpengaruh dengan tv.cis.meluat.sebenarnya dah lama aku tak layan tv.

tak boleh ke artis lain??semperit xckp tak boleh.
aku tanya dia kenapa tinggi sangat cita2..smpai nak jd mcm artis tersebut??

selamba badak sumbu dia cakap "memang cita-cita tinggi pon.nak jadi tinggi."

aku terkena dengan budak itu.semperit itu.ingat dia nak jadi artis.rupanya nak jadi tinggi mcm artis tuh.menyampah aku.

sekian sketsa hari raya aku untuk kali ini.

Thursday, September 25, 2008

aset pertama dalam hidup

aku tidak kira ini karangan budak sekolah rendah atau tidak.


pada suatu hari,cikgu menceritakan tentang kegiatan masa lapang.aku masa itu sedang bergiat cergas dalam membuat origami dan bermain bola kamus.

pernah dengar bola kamus.??

aku suka itu punyer game.bola kamus.equipmentnya hanya kamus.pen dan kertas.tidak perlu bola.hanya imaginasi.nak tahu lebih lanjut,dtg blaja ngan aku.haha

abaikan tentang cerita di atas.

budak zaman sekarang lebih advance.kaki blum dpt pijak tanah sudah nak naik motor.bukan slow2.laju mencapai kelajuan mat rempit.awal2 lagi nak memiliki motor.
(sebab tadi ada budak sekolah memotong aku.mereka sedang merempit.damn.)

zaman aku sekadar main guli,tindih pemadam dan yang lebih kurang dengannya.

aset pertama dalam hidup aku juga sebuah basikal.aku berjaya memiliki basikal dengan duit sendiri.seronok tidak terkata.

apa aset pertama anda dalam hidup??aku berpendapat aset ialah sesuatu yang kita beli atau dapati dengan wang dan cara kita tersendiri.mestilah sesuatu yang bernilai dan boleh digadai jika terpaksa.

mengikut kajian aku,aku senaraikan aset2 pertama dalam hidup sesetengah orang.

1.handset
2.komputer
3.basikal(utk aku)
4.

yang keempat aku simpan space utk anda isi.aku pon tidak pasti.

Tuesday, September 23, 2008

adegan kena tag!!

aku rasa dah lama tidak memaparkan entri aku.yang aku tahu.aku kena tag.warghhhhh..

memandangkan aku kena tag, aku terpaksa mengeluarkan entri ini.adegan kena tag amat mendukacitakan aku.tapi xpe.ini cobaan,dugaan dan seangkatan dengannya.(memang tektik anda berjaya wahai najlaaraihana)




soalan dari tag tersebut.

SOALAN 1: 7 fakta tentang diri aku.(aku tidak pasti fakta2 tentang aku.)…

1. aku tidak suka makan buah-buahan kecuali laici dalam tin dan pisang goreng.
2. aku suka pasang lagu kuat2 sehingga bak(roomate) tdk boleh tidor.
3. aku tidak rendah seperti haris dan tidak segemuk muyen
4. aku tiada awek.betul punyer.
5. aku ada atuk yang baru jer kahwin lain.korang xda.jgn jelezz.
6. aku tidak tidur jika tidak basuh kaki.
7. dan aku tidak mahir membawa motor yang ada clutch.


SOALAN 2: Zaman persekolahan

2(a), 5 tabiat buruk anda time sekolah

1. aku pernah jadi MPP yang tidak guna semasa di sekolah.
2. aku suka lepak library ushar2 awek cun.
3. aku slalu dtg lewat kerana tidak mahu menjalankan tugas dlm kelas.tugas aku memadam whiteboard.
4. aku pernah fly malam dan tanpa disedari aku lepak sebelah meja PK Hem.
5. aku pecah masuk lab.wat eksperimen kajian aku sendiri.

2(b), 3 subject favourite aku..kena beri sebab..

1. Biologi.aku boleh merangkak bwh meja dan borak2 ngan kwn2 masa kuliah.
2. PJ.cikgu itu amat cun.dia bnyak tlg aku bg markah n belanja burger.
3. English for Science and Technology.boleh tgk movie taw.

2(c), 3 subject bukan favourite…kena beri sebab..

1. BM.asyik aku jer kena berpantun.takpun buat ayat kt depan.
2. Sejarah.kuliah dia 100 peratus dari buku teks.mls aku nk dgr.
3. Add Math..aku tidak reti math.tak pernah dpt A.

SOALAN 3: Tentang aku

3(a),menarik pada kamu

* soalan apa nih?mls aku nk jawab.soalan pon xmenarik.

3(b), anda tak boleh hidup tanpa

* makanan.(situasi skrg = bln puasa)
kebenaran utk hdup dr pencipta.

3(c),malam sebelum tidur siapa anda hubungi…

* woi.handset aku mana ada kredit nk call sape2.aku set alarm je before tidor.klas pkul 8.00 aku set 8.10...

itu je kan..
ada soalan lg sila kemukakan.

Wednesday, September 17, 2008

percubaan 1.menjadi penyajak.

aku buat satu sajak tentang bazar ramadan.
sila baca.



oh bazar ramadhan,
aku dengar orang bersahut-sahutan,
banyak dijual makanan,
namun awek yang menjual tetap menjadi tarikan.

oh bazar ramadhan,
aku sudah tidak tahu apa hendak makan,
tempat mu banyak sangat pilihan,
dengar cerita ada yang sudah pengsan???

oh bazar ramadhan,
bila tiba waktu petang,
seluruh kampung,
seluruh kawasan,
seluruh bendang,
dan kawan aku segerombolan,
melewati tempat mu yang seakan pekan.

oh bazar ramadhan,
setiap bulan ramadhan,
memang tiap2 ramadhan,
puasa itu di bulan ramadhan,
oh bazar ramadhan,
kau buat aku tulis sajak bukan2,
demi menahan kelaparan,
lambat lagi ke nak pkul 7.20 malam?
aku nak makan,
itulah sahur taknak makan,
kau sambung tido sampai petang,
sekarang duk tekan-tekan,
tekan perut,

udahla,aku tidak mahu melalut,
takot tercarut,
nanti dosa terlarut,
kurus puasa.
dan aku menunggu sentiasa,
waktu berbuka!!!!,
cepatlaaaa!!!.

Tuesday, September 16, 2008

misteri dalam makmal

pertama kali aku menulis entri bukan dalam bilik aku.lbh kurang 30km dari bilik aku.dan aku percaya ini adalah kerana aku mendapat idea hasil dari menunggu kawan aku menyiapkan kerja mereka.

kembali kepada topik asal aku.topik ari ini yang akan kita sentuh ialah keselamatan dalam makmal.atau dalam bahasa org putih, safety first.(aku tiru cikgu aku bercakap semasa dalam kelas masa tingkatan 1.nama dia Cikgu Zahedi).dia menggelarkan aku "pok yie".aku baru lpas kna denda berjemur di tengah panas kerana pecahkan radas.

dan aku baru mematahkan tool.(mata alat).aku menulis entri ini dalam keadaan berduka lara.entah mengapa ayat aku seakan2 kembali ke zaman kesultanan hang tuah dan raja2 melayu.apa pon,duit aku akan melayang coz kna ganti.

dan konklusinya, jika tidak ikut safety,duit anda akan melayang.

tetapi aku pernah membuang radas kaca yang pecah ke bawah sinki kerana takut dikenakan ganti rugi.itu cerita lama.ada juga celah2 almari,walhal replika tengkorak manusia pernah patah.hilang tulang rusuk.

anda pon mesti pernah kan kan???jadikan ia misteri.

jadi azam aku untuk 1jam arini,tiada lagi ganti rugi n kerosakan.no more.esok aku tidak tahu.hehe.

dan misteri ini aku pasti akan berulang.bukan pada aku seorang.

Sunday, September 14, 2008

mister bartender.gelaran.

alkisah bermula di kafeteria (bukan tempat lepak aku dan rakan2.)

aku bg nama dia mister bartender.dia tidak kisah.dan aku pernah tgk dia shuffle.berdansa dengan muzik rap.walaupon aku tidak suka,dia memaksa.entah apa tarikan sehingga dia menjadi perhatian.biarkan.

biasalah.jika kita tidak kenal seseorang itu,kita akan gelarkannya.btol kan?dan aku gelarkannya mister bartender.haha.

ada beberapa nama yang menjadi intuisi mengikut kondisi seseorang.tidak kiralah diberi oleh pkwe,mkwe,kwn dan seangkatan dengannya.

aku cari nama yang agak sinonim dlm karangan semasa kecil2.sebagai contoh : Ali, Abu, Mamat, Azman, azmi, timah, zaiton, zabedah, rafeah, ramli dan sebagainya.


fakta mister bartender.

.dia digelarkan mengikut pekerjaan dulu.tidak tahu betul atau tidak.benar atau palsu `pernyataan dia.
.seorang lelaki tetapi statusnya masih samar2.bujang ke da kahwin?
.cuba untuk berdialek kelantan tetapi tidak betul.
.menjual roti canai.soalan kerap "roti so ko duo??"
.ungkapan "bereh boh".

dan dia pernah bg email awek cun dari negara mana entah.australia kot.aku tidak ingat.
kalau anda percaya ke x?tepuk dada tanya dada.sakit xdada itu?

Saturday, September 13, 2008

kick this!!

keputusan semalam.tidak dapat diputuskan.dan aku tgk bola td.

jika kita imbau kembali sejarah bola sepak.(macam la aku tahu perkembangan bola sepak.haha)boleh dikatakan menarik seperti sejarah greek.abaikan.

aku juga pernah baca komik Whistle.maaf.aku tidak berminat dengan anime bola sepak.kerana kau pernah hilangkan komik tersebut kepunyaan kawan aku.itu cerita dahulu.

cikgu aku pernah berkata "bola sepak adalah permainan bodoh kerana kita sepak dan kejar.pastu sepak balik.dan fenomena itu berlaku secara berantai.sepak,kejar,sepak,kejar.".

aku rasa tidak boleh diterima idea beliau.jika beliau mengatakan bola sepak ialah bola untuk disepak,aku setuju.dan aku pernah menyepak seorang budak.kerana dia memakai baju yang bergambar bola dan tertulis ayat "kick this!!".

budak itu ketua kelas aku semasa form 3.kesian dia.dia balas kembali dengan sepakan padu.kesian aku lak.sakit wooo..(baru aku tahu nikmat kena sepak)

dan bola sepak adalah permainan paling berprestij di dunia.perkataan GOL difahami oleh berjuta2 bahasa di seluruh dunia.(iklan Coca-Cola).jgn saman aku.

sekian.(hasta pronto jgn saman aku juga kerana tiru anda.)

Friday, September 12, 2008

manic friday

aku kategorikan hari ini sebagai manic friday.bukan manic monday atau manic sunday.tiada kaitan dengan maxis dan McD.meskipun aku suka McD.(McD at Perlis?)fine.jgn perkecilkan perlis lagi.perlis not same as kelantan.sebagai contoh perlis,tempat aku blajar.kelantan tmpat aku dilahirkan.biarkan.it's different.

aku dah lari dari topik asal.sori.topik aku manic friday.

nak tahu kenapa aku kategorikan hari jumaat sebagai manic?.sebab aku pergi masjid untuk sembahyang jumaat?...

bukanlah.

sebab hari ini hari enjoy.maksud aku malam ini.(waktu entri ini ditulis.)antara event2 yang menarik hari ini ialah (bukan aku.ini adalah observation) :

1.menuju penang.lepak2.
2.tepi pantai kuala perlis.juga lepak2 n tgk mat2 motor "berdansa" di jln raya.
3.makan banyak2 pastu tidur.
4.main dota hingga ke tahap maksimas.
5.main alat2 muzik.seperti drum dan gitar.
6.main-main.(fhm2 sendiri).
7.main futsal.
8.ikut suka hati korang.
9.suka hati korang la.
10.banyak lagi la.lu pikirla sendiri.

dan aku...malam ini akan melibatkan diri dengan futsal.aku akan bermain bukan dengan team aku sendiri.ada 2 team.

WMH FC VS ACD FC

aku team ACD.berikut ahli2.

1.mat tough
2.duwe raksasa
3.hafiz kelolo
4.tun hebat giler
5.aiman junior(import)
6.serul ekor derih.

team WMH pula.

1.derih bingo/bos/bolok
2.man PDV
3.kerul punk junk
4.syakir metal
5.afiq kappa
6.(masih lagi kosong)


ini manic friday aku.manic friday anda?tidak kira hari apa.aku tiap2 hari "manic" bukan hari ini sahaja.anda??

jap agi aku nak g main futsal.kasut perlu disediakan.bye.anda teka resultnya.

Thursday, September 11, 2008

nise.

aku lalu kotak segiempat td.kt kangar.br ku kenal kotak itu.warna putih.maafkan aku jika anda tidak faham kecuali saudari rainazra

aku ternampak sesuatu yang menarik semasa perjalanan menuju ke makmal kubang gajah.(tempat plg x best.serius.)tempat ulang alik aku hari2.boring.

sepanjang perjalanan ada banyak gerai yang menjual juadah berbuka puasa.dan aku gembira kerana dapat mengambil bau2nya sedikit.(sedikit sahaja ye.)nikmat giler.tapi perut semakin kuat berbunyi.

semasa aku kecil.selain minum air semasa ambil wuduk, aku juga makan "nise" dlm bahasa kelantan.(sbnarnya gula melaka.)yg terdapat dalam peti sejuk.sedap wooo.serius.try la cuba.tapi pada waktu siang hari di bulan puasa.

bila aku dewasa(maksudnya sekarang)aku rasa aku tidak memanfaatkan puasa sepenuhnya.

insaf ke ni?hahahahaha..

fakta nise.
gula melaka,gula perang,nisse kerek,gula hitam,manisan,ntah apa kebenda lagi.aku tidak tahu.yang pasti semua satu benda yang berlainan nama.rasa manis semulajadi.biasanye digunakan dlm membuat kuih.dapat menghilangkan dahaga.

dan

puasa tahun ini penuh.semestinya penuh.pasti.sebab tiada nise di tengah hari.

Wednesday, September 10, 2008

seven wonders.

tentu anda semua tahu laman web wikipedia.aku try buka article dalam wikipedia.mana tahu ada benda2 menarik.

dan aku tertarik dengan 7 wonders.sorry.new 7 wonders.ada juga 7 wonders of the ancient world.hebat.dan aku bacanya.dan aku baru tahu no 7 itu adalah nombor yang baik atau nombor bertuah dalam sejarah Greek.nombor yang bertuah bagi manusia skang nih nombor ekor.fine.

bila terfikir sendirian,aku rasa...aku rasa lah..anyone can have the seven wonders in their world.aku rasa aku boleh senaraikan.


1. handset.
ada sesetengah org simpan lagi handset yang lama.macam mukrim.handset dia masih lagi tersimpan rapi walaupun handset tersebut meresahkan hidup dia.kalau yang tidak menghargai pula baling jer ke dinding.ajaib taw.handset dpt keluar bunyi mcm2(masa umur 12 tahun aku brfikir mcm tu)

2. baju sekolah lama.
aku rasa aku masih simpan baju sekolah rendah aku.baju smasa darjah 1.di baju itulah adanya air liur basi hasil tidur di dalam kelas.baju itu jadi saksi aku pandai mengeja,membaca,menulis.

3. boxer/seluar dlm koyak.
aku letak pilihan ini ditengah2 agar nampak trsembunyi sedikit.jgn bgtahu sesiapa.koyak tetapi masih berguna.shhhh

4. kotak pensel masa sekolah rendah.
boleh dilipat2 dan teknik menyimpan pensel yang tidak efisien.bukan setakat pensel,sekali dengan kotak pensel hilang.

5. motor/basikal/kereta.
tidak semua orang ada.tetapi basikal adalah antara aset pertama dlm hidup.percaya x?

6. kunci loker/laci.
jika tiada,hilang dan sebagainya..pasti tidak tenang.dapat buka loker.ajaibnye..(masa kecik2 hingga sekarang kagum.)

7. anda tulis sendiri.anda yang tentukan.aku xda idea.

cerita emas dan mercun.dalam keadaan sedar

maafkan aku jika entri ini menggugat anda sebagai pembaca blog2 di jaluran wayar atau jaluran tanpa wayar.walhal mana2 tempat pun.

cerita emas dan mercun yang lalu.ada terdapat komen bersuara.bukan komen secara bertulis.pembaca tersebut tidak faham cerita aku.jadi untuk menjaga hati anda sebagai blogger,..aku huraikan sedikit lagi.


emas.simbolik dengan kekayaan.boleh dijual jika ada.
mercun.salah satu objek atau produk atau inventori yang boleh dijual walaupun merbahaya.
dan cerita tersebut berdasarkan komen dan coretan dari kawan blog aku.aeropama dot com.
----------------------------------------------------------------------------------
emas dan mercun tiada kaitan langsung.

satu statement yang aku terima dari blogger.bagus.terus terang.dan anda mestilah faham bahawa entri yang lepas adalah entri yang ditulis dalam keadaan separuh sedar.watpe aku tulis mcm tu??itulah maksud aku.anda hanya menghayati cerita dari luaran dan isinya.bukan setiap ayat yang digunakan.so sad.sayang sekali....haha..
dan ini blog aku.anda bebas mengomen.tiada kaitan dengan politik,skandal dan yang sewaktu dengannya.teruskan.

fine.lapar giler.
selamat berpuasa.