Friday, September 11, 2009

imbas kembali.

aku masih tidak dapat tidur lagi untuk pagi ini.

bulan puasa biasalah.bangun 'soq' atau sahur.soq tu bukan syok sendiri.atau syok kepada siapa-siapa.

biasanya aku parking kereta kat dalam pagar.untuk elakkan kecurian sebab kereta aku tiada safety.ada yang panggil kereta aku transformers.tapi tiada pun part kereta aku yang mirip dengan cerita best itu.dan aku tidak sehensem mamat transformers tuh.ada orang panggil kereta aku kereta tung.pergi mampos.janji kereta aku boleh bergerak.

disebabkan aku rasa muak dengan makanan di kedai mat lampir (bukan nama sebenar),aku parking di luar pagar juga.sebab aku rasa malas untuk berjalan ke kedai mat lampir.kaki aku rasa seperti ada rantai dan batu seperti banduan.

sebenarnya aku tidak pergi pun ke kedai mat lampir.sebab semalam aku jumpa empunya kedai itu.memang macam mat lampir.aku tengok sekali lagi macam opah dalam cerita jangan pandang belakang.terus down selera makan aku.

ok.masa untuk makan semakin suntuk.waktu imsak pun bila-bila boleh datang.aku cari la kedai mana yang bukak.maafkan aku wahai mat lampir.tolonglah jaga pelanggan anda jika mahu beli BMW dan buat rambut di kedai abang Lan.

aku singgah di kedai makan yang boleh untuk aku order makan.dan makan di situ juga.jika di meja makan,sudah tentu ada cerita-cerita.tak perlulah aku cerita banyak sangat tentang perkara ini.nanti diorang ingat aku mulut lembik.takpun pengorek rahsia.sori.aku bukan manusia jahanam seperti itu.aku tidak berminat.aku lebih suka hal aku sendiri.

imbasan kembali sewaktu di sekolah.topik ini paling menarik.dan cerita yang paling aku takkan lupa sewaktu aku menjentik/bidas/stalat kapur tulis dan terkena @#??&*^%%$# cikgu pendidikan islam aku.dan aku kena denda dengan hukuman yang agak berkesan.


hukuman itu dinamakan gergaji telinga.


cuba bayangkan bagaimana bentuk hukuman tersebut.




gergaji telinga.

benci aku dengar hukuman ini.

bukan dengan gergaji sebenar.tangan di geselkan di atas telinga dan di gerak-gerakkan tangan itu seolah-olah gergaji.aku rasa budak zaman sekarang tidak pernah menggunakan gergaji tangan.sebab gergaji elektrik berlambak di pasaran.

hell.damn.telinga aku akan bertukar atau transform ke warna merah jika dikenakan hukuman tersebut.

aku mahu tidur.mata aku dah merah.mungkin aku kena hukuman gergaji mata???oh tidak.

4 comments:

Azwa said...

tungg! hehe.

TUN said...

eh...ade kamu.hehe.yee...haha

Ida Shimizudani said...

Nice blog, nice thought!!! I like it damn much.... =)

Looking forward to read ur next post...

Anyway, selamat hari raya....

TUN said...

thanx you...wow.