Friday, January 29, 2010

bila mata sepet.

tahun 2009 telah berlalu.dah banyak tahun aku tulis blog yang membosankan.tapi tidak mengapa.sekurang-kurangnya aku update.

ok.untuk kali ini.aku nak sampaikan adegan yang paling aku benci sampai rasa nak tumbuk laju-laju mereka.mungkin di perut dan ulu hati.

ada 5 orang yang menganggap aku sebagai anak cina.sepanjang tahun ini.aku ingat muka sorang-sorang mereka itu.

list mereka yang tersalah anggap.

1. makcik motor terbabas.yang ni paling tak berhati perut.aku dah tolong dia angkat motor lepas dia terbabas.tapi dia cakap "toche!!".maksudnya terima kasih kan?

2. salesman.yang ni kurang ajar jugak.ketok tingkap kereta aku dan speaking cina.mampus aku nak cakap!!

3. taukeh kedai ubat.aku nak beli ubat ginseng untuk bapak aku.dan taukeh itu bertanya aku dalam bahasa cina.damn.kang aku tampal duit kat dahi taukeh baru tahu.sebab dia panjang macam hantu galah.

4. pak sedara.dia dahla baru pulang dari mesir setelah menetap di sana lebih 10 tahun.dia tak berapa betol kena angin malaysia nih.tanya aku leh makan kurma ke tak sebab aku macam orang cina.

5. anak jiran sebelah rumah aku.berlaku time cuti hari itu.ada ke patot dia tanya aku "cina kat hujung kampung member abang ke?".nasib baik mak dia bekas cikgu aku.


aku tak tahu tahun 2010 berapa orang akan menganggap aku orang cina.

selamat tahun baru kawan-kawan.

3 comments:

Anonymous said...

cina x cina

TUN said...

cina pon cina la

~qiFFara~ said...

lawak la ko ni tun~~