Sunday, July 20, 2008

penyejukan laptop.

aku tidak kira tajuk aku tajuk apa.rasa nk tulis,tulis sahaja.tidak perlu tunggu harisahaja bagi pendapat.menyampah.aku ada cara untuk menyejukkan laptop.

1. menggunakan coolen.
cara ini amat berjaya tetapi nampak versatile laptop anda.aku punye coolen tidak berfungsi.sekadar hiasan.aku beli kat pc fair.jangan jeles.


2.menggunakan buku teks atau rujukan.
cara ini biasanya digunakan oleh sesetengah orang yang rajin membeli buku tetapi tidak menggunakannya.biasanya berlaku kepada manusia yang bijak tetapi bodohnya tidak ketara.buku tersebut diletakkan di bawah laptop untuk mengurangkan udara panas.amat praktikal kerana menggunakan apa yang ada dan prinsip fizik diaplikasikan.


3.menggunakan tempat letak telur.(sarang telur)
cara ini amat kampung.tidak bertamadun.bagi yang tidak berkemampuan,amat bijak pilihan anda.tepat.bernas.

4.menggunakan komik terpakai.
ada orang guna.bukan komik tebal.nipis aje.best ke??...macam tiada respon terhadap objektif ini.

5.mengunakan perut dan riba.
cara ini nampak tidak efisien tetapi ada yang mengaplikasikannya.penggunaannya tidak meluas.dan mempunyai advantage tersendiri.iaitu dapat memanaskan badan.kawan aku guna cara ini.nama dia billy.boleh berkenalan dan ada masa temu ramah dengan beliau.

6.menggunakan kotak rokok.(4 kotak)
cara yang lebih moden untuk perokok tegar.amalan mengguna semula bahan terbuang patut dicontohi(reused).jika terdapat lebih lagi kotak rokok, lagi bagus.

7.menggunakan woofer.
nampak bodoh.tetapi sebenarnya kaedah ini seakan-akan menjahanamkan laptop.frekuensi yang tinggi dari laptop akan tergugat bila gertembung dengan frekuensi woofer.(teori sendiri.hasil sifat dengki kerana tiada woofer.)

8.menggunakan kabinet/almari/rak buku.
idea menarik.kerana berfikiran terbuka.macam buka almari.


cara-cara tersebut merupakan adegan yang aku lihat.sepanjang hidup aku.cuba hayati persekitaran anda..........
.......gelap!!!!roomate sudah off lampu.aku mahu tidur...

No comments: