Sunday, July 5, 2009

tips untuk masuk kelas (bagi student degree)

aku terjaga dari tidur selepas air liur basi ku tertumpah ke lengan.dah tidak boleh tidur.

yang aku tahu esok ada kelas.kuliah yang membosankan.aku masih tidak mempunyai semangat untuk ke kuliah.warghhh.

untuk mengembalikan semangat, aku rekemenkan beberapa tips untuk masuk ke kelas yang mungkin boleh membantu mereka yang tidak mempunyai semangat untuk ke kelas.

1. bangun awal.

tips ini macam biasa sejak dari sekolah lagi.so, tak payah hendak jadikan alasan jika tidak dapat bangun awal pagi.

2. bawa buku banyak-banyak dan tayang depan kawan-kawan.

tips ini boleh dipercayai.mereka akan push anda seperti dalam cerita Legally Blonde.

3. mesej awek.

tips ini hanya akan berkesan jika anda ada awek. bagi yang tiada awek seperti aku, abaikan.

4. ketuk kepala kawan anda dengan buku jika rasa lemah semangat.

amat berkesan untuk kembalikan semangat anda. tapi jangan berlebihan. lebih berkesan lagi jika kawan anda membalas semula dengan beberapa sepakan.

5. senyuman sinis.

try depan cermin sebelum ke kelas.senyum secara sinis.(aku tidak tahu cara untuk terangkan)

6. pergi ke tandas.

cikgu geografi aku dulu pernah bagitahu yang gas-gas dalam tandas boleh membantu mereka yang tidak bersemangat khususnya mengantuk. gas di dalam tandas dipercayai dapat merangsang otak anda yang lemah itu.percayalah.

7. jumpa doktor yang berdekatan.

tips yang terakhir ini adalah tektik yang amat sempurna untuk anda.buat-buat demam dan sakit perut.dapat mc.dan anda dapat cuti untuk hari itu.tentu anda bersemangat.


cuba dan praktikkan tips di atas.selamat belajar.

2 comments:

Teja Suraya said...

hahah...bagus pnya tips..thanks for sharing..ekeke..

TUN said...

same2 tun...

(untuk aku dan juga tun teja.ngaha)