Tuesday, August 25, 2009

kurus puasa

pertama sekali.selamat berpuasa untuk mereka yang berpuasa dan padan muka kepada setan yang sedang diikat.

aku meng'update' blog ni sempena bulan puasa.lapar dan dahaga tidak terkira.siapa menduga. mengantuk tidak terkira.dah banyak aku mengarut ni.karya aku kali ni mengisarkan tentang peristiwa masa silam semasa umur berapa ntah.


untuk dijadikan cerita.hari itu bulan puasa (memang aku nk cerita pasal bulan puasa pun).awal pagi.aku ke sekolah rendah.masa tu aku pakai songkok sebab aku pengawas.kalau aku cakap aku ketua pengawas, nampak tidak logik.jadi tugas aku adalah untuk mengawasi budak-budak di sekolah.

baru aku ingat.aku darjah 5 masa itu.komik DETEKTIF CONAN masih dalam genggaman jika aku bertugas menjaga kelas-kelas junior aku.

sebenarnya aku terlupa apa aku nak ceritakan tadi.aku dalam proses nak kembali ke masa silam.

sekarang aku dah ingat.waktu petang.semua cikgu meeting.tiba-tiba aku terperasan ada sekumpulan budak sedang bising-bising di tepi longkang hujung kelas(situasi di mana kawasan itu sunyi).

mereka berkata, "sedak sungguh aye gogheing nih.kalu hari2 gini sedak sengoti!"

(untuk kemudahan anda, sila download kamus bahasa kelantan.rasa-rasa dah habis di pasaran.limited.)

sebab hari ni adalah hari puasa, aku tolong translate.buat amalan dapat pahala.

"sedap betul ayam goreng ini.kalau hari-hari macam nih, lagi sedap."begitulah lebih kurang terjemahannya.



sambung cerita aku.aku ingat nak 'pow' diorang.lagipun aku tengah lapar.aku sampai ke tempat budak-budak itu berkumpul.aku lihat sesuatu yang menjijikkan tapi tidak membatalkan puasa aku.3 orang budak sedang tidur.salah seorang dari mereka sedang menggigit tangan kawan sebelahnya.mengigau.seraya aku lari seperti orang gila.

dapatkah anda bayangkan?.



selamat berpuasa.dan selamat berbuka puasa.

1 comment:

indahkhayal said...

suka berkhayal kamu ni...huhu