Thursday, March 13, 2008

dare to change!!!! be bijok!!!

arini aku fikir nk buat perubahan...tp xtawla bjaya ke tak...
bangun pagi2 selepas memeluk bantal busukku hampir 5 jam lamanya,aku memulakan hari aku dengan bergaduh dengan housemate aku.seperti biasa aku bangun pagi camtu.korang mesti ada perkara menarik kalo bangon pagi.ada yang gosok gigi dulu.ada yang makan.ada yang sedut sdikit asap dan ada yang ingin ceritakan pasal mimpi mereka.tapi aku bukan nak ceritakan mimpi best aku.aku nak ceritakan pasal lepas aku bangun pagi nih.

alkisahnya bermula apabila aku bangun.ada satu pertandingan yang melibatkan housemate aku dan aku sendiri.pertandingan ini mengandungi 2 kategori.aku xpayah ckp lagi la psl kategori nih.aku nak ckp pasal lepas aku bangun tido.

biasanya pertandingan mesti ada syarat-syaratnya.pertandingan ni pon ada syarat dia gak.syarat yang pertama ialah peserta mestilah memakai tuala.xkiralah tuala mcm mana pon.koyak rabak macam boxer budak bilik aku ke, ataupon mcm kain buruk.sume boleh diterima asalkan ianya boleh dipakai seperti tuala.syarat yang kedua ialah melibatkan infrastruktur yang pihak universiti sediakan.ish.aku bukan nak cerita pasal benda-benda nih.aku nak ceritakan pasal lepas aku bangun tido.

selepas semua peserta bersedia dan (ish.ada spotcheck lak...jap yer..aku sambung pasni.ada staff buat spotcheck rumah..)

ok.sambung balik.ada staff td wat spotcheck dari rumah ke rumah.dia tanya aku ada bantal lebih tak??ada ke patot???(padahal sume bantal lebih aku da letak dlm loker..haha).kacau betulla.time aku nak tulis blog mesti ada org ganggu.aku nak cerita pasal lepas aku bangon tido nih.

selepas semua peserta bersedia, dan bangon dari tido masing2, pertandingan akakn dimulakan.haha.inilah saat yang mendebarkan kalo pertandingan ini bermula.biasanya pesert yang terlibat ialah 3-4 orang.pertandingan ini xlah rumit sangat.memerlukan sedikit option dari otak.biasalah bangon pagi.salah seorang akan memulakan pertandingan dengan mengeluarkan kata-kata yang membangkitkan semangat (xkan aku nak ckp kata-kata kesat kat sini seperti fuck ke..babi ke..kan xelok..)jadi pertandingan ini telah pon bermula hampir dalam 1-3 minit sebelum kita ketahui sape pemenangnya.

lupe lak aku nak beritahu lokasinya.ada 3 lokasi iaitu depan tandas, sekitar dapur dan bilik2 tertentu.pertandingan ini tidak memerlukan bajet yang tinggi dan tidak dirancang.memang menarik.jap.aku nak cerita pasal lepas aku bangun nih..

so,pertandingan secara bertikam lidah iaitu kategori pertama berterusan.aku xtahu sape pemenangnya.sebab aku juara kategori kedua.aku terus masuk dalam tandas dan mestilah aku dapat mandi dulu..fuh..best campur sejuk.(maklumla da lama xmandi pagi..aku mandi tengah hari sebab bangon tengah hari..)

jadi apa yang aku nak ceritakan dalam blog aku yang da lama aku x tulis nih ialah pasal lepas aku bangon pagi..aku terus mandi.jangan banyak ckp.mestilah kita juara.kan??

nnti aku tulis blog lagi.kalau la aku sempat.arini free,jari pon gatal nak menulis blog...be bijok mulai sekarang!!

3 comments:

muhammad faiz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AdeganKhayalan TunTeja said...

ni cerita pasal...
berebut bilik air..

muhammad faiz said...

kk bru paham =)