Sunday, May 4, 2008

berfoya-foya di kuala perlis

aku bukan manusia yang banyak duit.dan aku juga banyak mengarut dalam blog aku.kadang-orang tak faham apa aku tulis.fine.itulah tujuan aku.apa yang aku tulis untuk menimbulkan pertanyaan.tak semestinya orang akan faham kalau baca sekali.mungkin ada episod seterusnya seperti cerita zaman kanak-kanak Doraemon, Cybercop dan sebagainya.

jadi orang akan tengok sekali lagi.macam blog juga.baca untuk seterusnya bagi faham.aku tak pasti dan tak jangka apa yang orang akan komen.aku bukan nostradamus.serius.

ada juga orang cakap aku merepek.fine.haha.(gelak ala-ala bengang.tapi tak marah)

dah.aku bukan nak cerita pasal ni.

aku nak cerita masa aku pergi berfoya-foya di kuala perlis.sebelum itu tahniah kepada kawan aku sempena tragedi tertinggal bas.congrats!!burn duit ko.

aku dan kawan-kawan seperti biasa selepas exam.minum(bkn minuman haram.teh o ais.xpun milo blended)dan jalan-jalan di kuala perlis.even tak banyak yang menarik, aku menjalankan tugas sebagai remaja yang bujang.keluar berjalan waktu malam dan berfoya-foya.

adegan kejar polis ada juga berlaku walhal bukan kami yang salah.mat rempit jalanan juga berada di tempat kejadian.harapan kami semoga mat rempit accident, terbalik motor dan berjaya di tangkap polis.(aku rasa korang pon akan berharap macam itu kalau tengok mat rempit.tapi sebelum itu memuji-muji mereka.)

adegan kami diteruskan.ini bukan adegan khayalan mahupun maya.perjalanan 'u' turn dan pergerakan gear berlaku serta merta apabila kami nampak kereta yang memancarkan lampu biru.dan perjalanan diteruskan.

itulah cara kami berfoya-foya setakat ini.selain menghabiskan duit dan sedikit tenaga.


apa lagi yang ada di kuala perlis???? tell me...nothing...bla bla bla.

No comments: