Monday, May 5, 2008

perangai dan pemikiran

aku rasa aku perlu menulis tentang perangai dan pemikiran manusia.bukan apa.sebab aku rasa macam itu.memang perangai aku.tiada siapa boleh pedulikan.

ada macam-macam perangai manusia.aku tak pertikaikan.setiap 100 bilion neuron otak manusia aku tidak tahu berapa jenis perangai yang ada dalam diri aku, kawan-kawan aku, manusia dan mereka-mereka yang tidak diiktiraf menjadi manusia.(sebagai contoh, cacing pita dan jin serta alien.)

aku tak berapa yakin kalau orang yang menunjuk-nunjukkan perangai dia.bukan perangai menunjuk-nunjuk.orang seperti ini banyak tahu isu semasa, keadaan semasa.tetapi dirinya yang menunjukkan perangai dan pemikirannya terlalu over.bagi pendapat aku la.

perangai aku.bukan semua pendapat aku adalah hasil dari pemikiran aku sendiri.ada yang aku huraikan pendapat orang lain.aku tak peduli.itu perangai aku.yang penting aku tidak menambah pendapat orang lain.yang penting lagi aku benci gay.

apa yang aku ingin ceritakan kat sini ialah perangai dan pemikiran manusia yang menceritakan perangai dan pemikiran orang lain.orang sekelilingnya.tetapi tidak memikirkan dirinya sendiri pada waktu itu.aku taknak huraikan apa itu hipokrit.semua orang tahu.

perangai dan pemikiran manusia juga boleh mencipta fakta baru.aku tak kisah sebab itu pemikiran mereka.macam kawan aku sorang.tidak aku nafikan pemikiran mereka.tapi kalau nafikan pemikiran aku,tidakkah itu melawan hukum manusia yang hidup berkelompok????

dalam penulisan aku juga kadang-kadang ada penambahan dari segi ayat yang kadang-kadang hiperbola dan ada yang boleh dikatakan over.itu perangai aku.itu pemikiran aku.

pada pendapat aku la..seseorang yang mempunyai pemikiran dan perangai tersendiri mempunyai 'trade mark' dalam hidup dia.begitu juga dengan keupayaan psikologi yang tinggi sehingga timbulnya idea-idea baru walhal idea tersebut mempunyai logik akal.mereka boleh dikatakan mempunyai otak pemikiran yang ketiga.macam juga kawan aku.respek.

aku pernah terdengar salah seorang penceramah semasa aku form 5.dia menyebut tentang otak pemikiran orang yang ketiga.aku tidak ingat.aku cuba search.ada sedikit tentang ertinya.daya pemikiran yang menggunakan akal.memang menarik.orang sebegini menggunakan akal sebagai medium pemikiran mereka sehingga boleh mencipta sesuatu fakta yang baru.ada kawan aku macam itu.itu perangai dia.aku tidak nafikan.

yang penting, perangai manusia dan pemikiran manusia aku tidak nafikan.semua itu terhasil dari otak manusia.aku taknak huraikan lagi.yang penting lagi, jangan dolak-dalikkan perangai dan pemikiran manusia sekeliling.titik.noktah.

1 comment:

mukrimania said...

mungkin entri ni terbaik mg setakat ni...
=]