Tuesday, October 7, 2008

cita-cita tinggi versi sketsa hari raya.

selamat hari raya untuk blogger.pendapatan duit raya tidak memberangsangkan untuk tahun ini.

ok.aku terjumpa sepupu aku.kecik lagi.umur 4 tahun.aku menggunakan imbuhan awalan 'ter' sebab aku tidak mahu berjumpa dengan dia.biasalah hari raya.semua sanak saudara berkumpul.dan aku tegaskan sekali lagi aku tidak mahu berjumpa sepupu aku yang nakal itu.

selain nakal,dia banyak bercerita.aku namakan dia batang buruk.tak pun semperit jela.si semperit itu suka bercerita.dan tidak semena-mena dia bercerita tentang cita-cita.

entah apa la fikiran semperit itu.imaginasi tinggi.cita-cita pon tinggi.

dipendekkan cerita, semperit bercerita ingin menjadi macam anuar zain.(aku tidak minat anuar zain.tidak tipu.betul2 aku tidak minat.)semua ini mesti terpengaruh dengan tv.cis.meluat.sebenarnya dah lama aku tak layan tv.

tak boleh ke artis lain??semperit xckp tak boleh.
aku tanya dia kenapa tinggi sangat cita2..smpai nak jd mcm artis tersebut??

selamba badak sumbu dia cakap "memang cita-cita tinggi pon.nak jadi tinggi."

aku terkena dengan budak itu.semperit itu.ingat dia nak jadi artis.rupanya nak jadi tinggi mcm artis tuh.menyampah aku.

sekian sketsa hari raya aku untuk kali ini.

13 comments:

addyaholix said...

aku kagum dengan si semperit. walau cuma 4 tahun tapi sudah punya cita-cita.

tak kiralah apapon cita-citanya. jarang ada budak berfikir panjang macam semperit.

TUN said...

aku rasa semperit dengan ko nih ada konspirasi.
cis.msti ko mnt anuar zain nih!!haha

addyaholix said...

aku bukan lelaki yang akan mengaku minat rock kalau aku sendiri rasa ruang telinga tersumbat dan isi telinga mencair bila aku dengar.

Ya aku suka anuar zain hahaha !

Pecah Kepala said...

semperit bijak mengenakan orang. boleh kenakan orang yang lebih besar. si kecil ala ala anuar zain.

TUN said...

haha.si semperit tu yg bnyk ckp sbnarnya.

fackaladingdong said...

bagus semperit... tinggi spt aku...hahaha...

fackaladingdong said...

wei tgk award kat post aku...

Najlaa Raihana said...

comelnye semperit...haha

Nazra said...

sedap apa samperit. ingat senang ka nak buat. silap2 haribulan ketuk kat kepala orang boleh sakit orang tu

adaliciOus said...

layan je la jgn bantutkan cita-cita murni dia..wahaha

TUN said...

yela2..aku layan..

tp untuk rainazra,semperit boleh jadi kayu golf ke??haha..main ketuk2 agi..

actually,aku xknal apa itu semperit.main taram je.
ahhaha

maira.adreanna said...

semperit adalah kueh raya hahaha. bagus anda ini melayan bebudak walau tasuke hee :D

TUN said...

budak2..

semperit itu mmg kuih raya.tp xknal..sbb.....
sy mkn sume yg ada.hahaha